Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Isnin

Pekasam Annissa - jadi tumpuan media di karnival

Pekasam Annissa - jadi tumpuan media di karnival. Penyertaan di ekspo dan karnival yang disertai oleh Felcra Bhd dan melalui Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd. Produk pekasam keluaran Annissa Global Sdn Bhd antara produk yang di pasarkan di booth Felcra. 
Sokongan berterusan Felcra bagi membangunkan usahawan dari kalangan peserta felcra dan melalui pelbagai pendekatan di lakukan antaranya melalui penyertaan di ekspo dan karnival.
Tumpuan media di booth Felcra bagi mendapatkan maklum balas, usaha-usaha yang dilakukan oleh Felcra bagi membangunkan usahawan.
Melalui program latihan yang berterusan dan penambahbaikkan penampilan produk, khususnya pembungkusan dan label. Ini lebih menarik perhatian semua pihak, samaada pihak media dan produk mudah menembusi pasaran. 
Pekasam Annissa antara produk yang dibangunkan oleh Felcra dari segi pembungkusannya, dengan kotak yang menarik dan pastinya menarik perhatian.
Jika sebelum ini pekasam hanya dalam pembungkusan yang biasa dalam 'pack' plastik dan kini dalam kotak yang menarik.
Pekasam dengan jenama WADIRA dan dipasarkan oleh HEMAT yang boleh di dapati di outlet Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd - FBP di Ibu Pejabat Felcra Kuala Lumpur. 
Usaha berterusan bagi memasarkan pekasam dan peningkatan kauntiti pengeluaran produk pekasam
Penyertaan di pelbagai karnival dan ekspo seperti Halfest, Maha dan sebagainya, ini sebagai langkah promosi produk pekasam serta pelbagai produk berjenama HEMAT. - " Produk Berkualiti, Milik Anda "

Ahad

Pekasam Annissa - segmen IKS di RTM/TV1

Perhatian, sila lihat melalui youtube
Pekasam Annissa - Pelbagai jenis ikan pekasam samaada ikan air tawar dan ikan air masin, loma lampam sepat puyu talapia kembung sardin gelama dan sebagainya. Pengembangan perniagaan dalam tempoh 10 tahun dari 2013 - 2023, pemborong dan pengedar samaada dalam Malaysia dan luar negara boleh terus hubungi +6 013 255 2000 & +6 012 531 5488.
  

Jumaat

Pekasam Annissa - merentasi tranformasi

Pekasam Annissa - merentasi tranformasi. Jika di sebut pekasam, agak pelik bagi sebahagian antara kita namum Annissa Global menerajui perusahaan pekasam merentasi tranformasi. Pendekatan bagi 'menjenamakan' semula pekasam sesuai dengan keadaan semasa.
Pekasam sebelum ini hanyalah sebagai makanan tradisional khususnya di pendalaman atau kampung-kampung, kini pekasam Annissa telah 'menerjah' dan telahpun menjadi hidangan atau menu di hotel-hotel bertaraf 5 bintang.  
Penggunaan yang meluas dengan permintaan yang tinggi pekasam Annissa terus mengembangkan perniagaan melalui rangkaian perniagaan strategik dalam dan luar negara. 
Jalinan kerjasama yang berterusan dengan semua pihak dalam usaha peningkatan kualiti serta kauntiti produk pekasam Annissa.
Pekasam Annissa yang beroperasi lebih 20 tahun dan hingga kini terus berusaha dalam meningkatkan kualiti produk pekasam dan kuantiti pengeluaran produk pekasam.
Kerjasama yang baik dari semua pihak media elektronik, penyiaran, cetak dan sebagainya dengan Annissa Global Sdn Bhd. Amat menghargai jasabaik pihak media yang secara langsung mempopular pekasam dan secara langsung produk pekasam Annissa Global lebih dikenali.
Liputan oleh RTM/TV1, Astro, Kumpulan Media Prima/TV3/TV9/TV7/Berita Harian dan secara langsung di interview oleh RTM di TV serta radio. Juga mendapat liputan akhbar di Borneo Post, NST, BH, Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan beberapa lagi akhbar mingguan. Juga mendapat liputan khas oleh program mingguan di TV1 melalui segmen IKS.
Hubungan yang baik dengan pihak media menjadikan produk pekasam Annissa terus mendapat permintaan yang tinggi. Sekali lagi, terima kasih pada semua pihak khususnya pada pihak media yang banyak memberikan publisiti pada produk pekasam Annissa dan Annissa Global Sdn Bhd 

Rabu

2013 - Pekasam Annissa mengujudkan rangkaian pengedaran strategik

2013 - Pekasam ANNISSA mengujudkan rangkaian pengedaran strategik. Pemborong dan pengedar yang awal hubungi Annissa Global Sdn Bhd adalah diutamakan. 1 - 5 pemborong dan 10 - 50 pengedar di setiap negeri. Dimana pemborong di setiap negeri menyelia bekalan pada pengedar-pengedar di negeri yang sama. Annissa Global Sdn Bhd hanya berurusan terus dengan pemborong utama setiap negeri.
Strategi pemasaran Pekasam ANNISSA secara konsisten yang berterusan, stok pekasam dibekalkan setiap masa dan mengikut permintaan semasa. Bagi pengedar-pengedar atau yang berhasrat untuk menjadi pemborong utama, SEGERA hubungi Annissa Global Sdn Bhd, terus hubungi 012 531 5488 atau 013 255 2000 Annissa Global Sdn Bhd.  

Produk desa ke pasaran antarabangsa - PEKASAM ANNISSA

Produk desa ke pasaran antarabangsa - PEKASAM ANNISSA. jika orang melayu dah pandai makan ayam goreng bersama kentang putar, kini orang di Amarika, Austria, Australia,  China, Masir dan beberapa negara Eropah dah pun makan pekasam dengan kentang putar, makan bersama Oat dan sebagainya.
Menembusi pasaran luar negara dengan 'duta' dan promoter iaitu pelajar-pelajar Malaysia yang berada diluar negara serta melalui penyertaan pameran/promosi perdagangan dalam dan luar negara. Kini produk pekasam ANNISSA berjaya berada dipasaran  luar negara. Walaupun dalam skala yang sederhana namum Annissa Global Sdn Bhd terus berusaha bagi mengeksport produk pekasam secara lebih kormesial pada kauntiti yang lebih besar.
R & D yang berterusan dengan pelbagai agensi berkorpetensi dalam foods technology bagi menghasilkan pekasam yang bersesuaian bagi pasaran negara pengimport serta kesesuaian citarasa pengguna luar negara. Kerjasama yang baik dengan beberapa insitiusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan dalam dan luar negara bagi tujuan R & D.

Pengedaran pelbagai produk pekasam Annissa - pemborong & pengedar diperlukan

Pengedaran pelbagai produk pekasam Annissa - pemborong & pengedar diperlukan. Bagi tujuan mengujudkan jaringan perniagaan dengan semua pemborong & pengedar serta peniaga-peniaga di seluruh Malaysia, kini Annissa Global Sdn Bhd mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam perniagaan PEKASAM.
Annissa Global Sdn Bhd kini dalam proses pengembangan perniagaan dan pengedaran pelbagai produk PEKASAM. Anda yang berminat bagi mengujudkan jaringan perniagaan dengan Annissa Global Sdn Bhd adalah di alu-alukan. Bagi mengelakkan persaingan sesama pemborong dan pengedar produk ANNISSA, hanya pihak yang awal dilantik sebagai pengedar di sesuatu kawasan, daerah atau negeri di utamakan.
SEGERA hubungi 012 531 5488 atau 013 255 2000 bagi tujuan mengujudkan jaringan perniagaan dan jadi pengedar produk PEKASAM ANNISSA.