Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Selasa

Pekasam Annissa - di Astro Awani

Pekasam Annissa - di Astro Awani, di temuramah dan untuk jadi bahan berita di TV. Agak menarik juga sebab sebelum ini hanya buat penerangan atau promosi pada pengguna yang tidak pernah tahu tentang pekasam tetapi bila di temubual oleh wartawan tv, ini dimenafaatkan sepenuhnya bagi memberikan penerangan serta promosi makanan pekasam khususnya pekasam Annisa kepada masyarakat umum.
Walaupun bukan kali pertama ditemuramah di tv samada untuk rakaman atau disiarkan secara lansung di tv tetapi bukan semudah yang orang tengok sebab skrip kena hafal dan yang pentingnya ialah real time jika dibuat secara langsung atau lintas lansung. Yang tak dapat nak lupa bila muka di solek supaya tak berminyak kerana nanti gambar tak cantik. Walaupun bersahaja atau bersantai saja menjawap soalan wartawan tetapi agak kekok juga sebab selain kemera, lampu dipancarkan direct kemuka dan itu yang rasa semacam tu. Boleh jadi artis ker? boleh angan-angan jer laa sebab pekasam Annissa yang menarik minat media dan pengusahanya tu sekadar bercakap bagi pihak pekasam Annissa.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.