Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

Daging

Daging - Daging lembu yang dijadikan pekasam kini begitu popular dan kini antara produk pekasam keluaran Annissa Global adalah pekasam daging. Bagi memenuhi permintaan pengemar pekasam terutamanya pekasam daging, daging lembu yang diproses melalui pemeraman / fermented bagi menjadikan pekasam begitu berkualiti.
Pekasam daging yang kini dikomersialkan bagi mempelbagaikan produk pekasam jika sebelum ini hanya pekasam ikan saja. Sebagaimana biasa, pekasam dengan rasa masam dan pekasam daging ini dengan rasa masam malah jika di simpan lebih lama rasanya lebih masam. Tempoh penyimpanan antara 6 bulan - 2 tahun mengikut cara serta suhu dan boleh dihidangkan mengikut citarasa tersendiri samada di goreng, di bakar atau apa-apa cara yang disukai. 

Ayam

Ayam - Kepelbagaian citarasa pilihan produk pekasam keluaran Annissa Global, kini menampilkan pekasam ayam yang menepati selera pengemar pekasam. Pekasam Ayam yang mula dikomesialkan bagi memenuhi permintaan pasaran serta pengguna. Jika sebelum ini hanya pekasam ikan namun kini pekasam ayam yang dapat menjadi menu hidangan yang menambat selera samada yang gemar pekasam atau yang belum lagi merasai keenakkan pekasam.
Ayam yang dijadikan pekasam dimana daging ayam segar yang melalui proses pemeraman / fermented yang memasamkan rasanya. Malah, semakin lama disimpan rasa pekasam ayam ini lebih masam. Penyimpanan yang sempurna sekiranya pada suhu bilik boleh di gunakan sehingga 6 bulan, jika disimpan dalam peti sejuk boleh digunakan sehingga 1 - 2 tahun. Pekasam ayam boleh di sediakan samada di grill, roast, bakar, goreng atau apa-apa cara yang disukai.

Rusa

Rusa - Kini bagi pengemar pekasam atau yang belum pernah nikmati menu esotik pekasam, boleh rasai pekasam rusa yang julung-julung kalinya dipasarkan. Walaupun bagi sesetengah tempat agak sukar mendapatkan daging rusa, kini setelah dijadikan pekasam yang memudahkan pembeli mendapatkan pekasam daging rusa. Untuk memasarkan keseluruh Malaysia mungkin agak sukar namun untuk mendapatkan pekasam rusa agak mudah dengan kiriman pos yang boleh sampai ke pintu rumah anda.
Bagi tujuan komersial, Annissa Global mengujudkan pemborong / pengedar / peruncit yang dapat memudahkan pengguna mendapatkan pekasam rusa. Juga kolaborasi / collaboration dengan pelbagai pihak samada outlet, kedai dan khususnya restoran atau kedai makan untuk menjadikan pekasam rusa dalam menu makanan. Memandangkan Annissa Global kini sedang mengkomersialkan pekasam rusa, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan produk boleh terus hubungi dan harga borong boleh dibincangkan dengan kauntiti tertentu.

Daging

Daging - Kini Annissa Global telah keluarkan 3 lagi produk pekasam berasaskan daging, iaitu rusa, lembu dan ayam.  
 Pekasam Rusa - 200 gram RM 18.00

 Pekasam Daging Lembu - 200 gram RM 10.00

Pekasam Ayam - 200 gram RM 8.00