Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Selasa

Kekayaan

Pekasam bukan hanya tentang makanan tetapi ianya juga mengenai kekayaan, dengan usaha berterusan dan kini seorang usahawan dari Kuala Besut Terengganu telah berjaya sebagai pengeluar pekasam. Ini merupakan usaha pihak Universiti Malaysia Terengganu dan Annissa Global meng'tranformasi'kan agenda untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang bersesuaian dengan potensi setempat.
Bagi mempopularkan pekasam sebagai makanan setaraf makanan segera dipasaran, AnnissA Global kini menyediakan program 'hand-on' membimbing bakal usahawan dan usahawan-usahawan sediada dalam industri pembuatan pekasam. Program dibuat di tempat usahawan berkenaan berada atau di tempat usahawan itu beroperasi. Kini, bukan lagi halangan malah ruang dan peluang untuk meraih kekayaan dalam industri pekasam. 
Mana-mana individu, pihak atau agensi boleh menghubungi AnnissA Global berhubung program 'hand-on' membuat pekasam. Pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta daging lembu ayam rusa kambing boleh di komersialkan dijadikan pekasam. Hubungi 0133204100 0132552000 0125315488 samada untuk jadi pengedar agen penjual pekasam atau untuk sertai program 'hand-on' membuat pekasam.