Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Rabu

Pekasam Annissa

Pekasam Annissa yang kini boleh di pesan melalui whatsapp 012 531 5488 samada untuk kegunaan sendiri atau bagi tujuan berniaga. Bagi kegunaan sendiri, anda boleh buat pesanan mengikut keperluan dan bagi tujuan berniaga atau memasarkan pekasam keluaran Annissa. Tiada had pesanan samada satu pack 130 gram atau 10 kilogram atau 100 kilogram atau mengikut seberapa banyak pekasam yang di perlukan.
Pesanan adalah mengikut stok pekasam semasa serta jenis pekasam ikan atau pekasam daging yang ada ketika pesanan dibuat. Namun, setiap pesanan mengambil masa antara 7-14 hari tempoh penghantarannya iaitu setelah pesanan disahkan serta bayaran dibuat atau bayaran telah dibank-in. Penghantaran pesanan pekasam hanya diuruskan atau diuruskan penghantarannya setelah pembayaran dibuat/dibank-in.
Pekasam Annissa diproses dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar seperti Sepat Puyu Lampam Loma Teroboi Talapia dan pelbagai lagi. Pekasam ikan air masin seperti Gelama Kembung Sadin dan pelbagai yang lain. Pekasam Daging pula ialah Pekasam Daging Lembu dan Pekasam Daging Rusa.
Untuk buat pesanan Pekasam Annissa, Call/Whatsapp 012 531 5488 dan dapatkan pelbagai info mengenai Pekasam Annissa di blog 1annissa.blogspot.my 

Khamis

Pekasam

Pekasam Annissa Global di hasilkan dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta pekasam daging rusa dan lembu. Antara pekasam ikan air tawar ialah sepat puyu teroboi lampam ikan putih/loma sebarau dan pelbagai ikan tawar. Antara pekasam ikan air masin ialah gelama kembung sadin dan pelbagai ikan air masin.
Pekasam Annissa Global juga di pack dalam 3 kauntiti berat, 130 gram, 150 gram atau 200 gram dan mengikut permintaan pesanan pelanggan. Ada yang ingin tahu berapa ekor ikan pekasam dalam satu pack, jika ikan yang bersaiz kecil samada 1 atau 3 ekor dalam satu pack tetapi jika ikan yang agak besar samada 1 atau separuh yang di potong mengikut berat untuk dipack. Saiz ikan adalah berbeza mengikut jenis ikan dan kauntiti berat semasa di pack. Jika di pack dengan kauntiti 200 gram, 1 kilogram pekasam dipack 5 pack, jika di pack 150 gram, 1050 gram/kilogram di pack 7 pack dan jika 1040 gram/kilogram di pack 8 pack. 
Harga adalah mengikut berat setiap pack, jenis ikan dan kos penghantaran. Pelanggan boleh membuat pesanan mengikut berat yang diperlukan samada 130 gram, 150 gram dan 200 gram. Bagi pemborong atau peniaga, boleh membuat pesanan samada yang telah di pack 130 gram, 150 gram, 200 gram atau setengah kilo atau dalam pack 1 kilo. Pack yang dipasarkan oleh Annissa Global untuk peniaga dalam bungkusan tanpa stiker dan peniaga berkenaan boleh gunakan stiker sendiri. Harga borong pekasam Annissa Global adalah mengikut kos bahan mentah semasa namun bagi tujuan perniagaan ianya boleh dirundingkan lagi.  Harga adalah sebagaimana yang dinyatakan pada Senarai Harga.   

Penghantaran

Penghantaran pesanan Pekasam Annissa di uruskan melalui KTMD - KTM Distribution Sdn Bhd samada pelanggan ambil di stesyen Keretapi Tanah Melayu - KTM yang berhampiran atau penghantaran di lakukan 'door to door'. Perbezaan kos perkhidmatan agak berbeza jika pelanggan ambil di stesyen KTM berhampiran dengan penghantaran terus dibuat ke alamat pelanggan(door to door). 
Kos penghantaran adalah mengikut kadar kauntiti berat pesanan, kauntiti berat tidak kurang 1 kilogram dan tiada had kauntiti berat untuk penghantaran menggunakan KTMD. Masa penghantaran pesanan adalah mengikut jadual perjalanan serta tertakluk pada KTMD. Supaya tidak keliru, stesyen KTM bukannya stesyen komuter dan hanya stesyen KTM yang tertentu tempat untuk mengambil pesanan. Namun KTMD buat penghantaran keseluruh Semenanjung Malaysia. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan samada menggunakan KTMD atau Poslaju dan tempoh penerimaan pesanan adalah tertakluk pada tempoh masa pengurusan pihak berkenaan.