Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Jumaat

Jenis

Pekasam Annissa terdapat dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar dan ikan air masin.
Ikan Talapia, Teroboi, Lampam, Loma ( ikan putih ), Sepat dan Puyu adalah dari jenis ikan air tawar. Manakala ikan Kembung, Gelama dan Belanak adalah dari jenis ikan air masin.
Atas permintaan dan stok pada satu-satu masa terdapat juga jenis-jenis ikan yang lain dari yang dinyatakan diatas juga dibuat pekasam. Ikan air masin seperti sadin, biji nangka, kerisi, jenahak, kerapu, siakap, duri, seludu, sembilang, kedera, selar kuning, alu-alu, terubuk, cencaru, talang, kurau, selayang, bawal, tamban, tenggiri  dan pelbagai lagi. Ikan air tawar pula seperti patin, haruan, keli, kaloi, tapah, kelabau, talapia merah, jelawat, temoleh, toman, baung, belida, tengas dan pelbagai lagi. Terdapat juga permintaan atau stok pekasam dari ikan yang agak mahal harganya seperti salamon, tuna, sebarau, kelisa/arwana, kelah, ketutu dan sebagainya.

Pekasam Talapia - ikan air tawar

 Pekasam Sepat - ikan air tawar
  
Pekasam Kembung - ikan air masin

 Pekasam Gelama - ikan air masin

Pekasam Loma / ikan puteh - ikan air tawar