Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

Daging

Daging - Daging lembu yang dijadikan pekasam kini begitu popular dan kini antara produk pekasam keluaran Annissa Global adalah pekasam daging. Bagi memenuhi permintaan pengemar pekasam terutamanya pekasam daging, daging lembu yang diproses melalui pemeraman / fermented bagi menjadikan pekasam begitu berkualiti.
Pekasam daging yang kini dikomersialkan bagi mempelbagaikan produk pekasam jika sebelum ini hanya pekasam ikan saja. Sebagaimana biasa, pekasam dengan rasa masam dan pekasam daging ini dengan rasa masam malah jika di simpan lebih lama rasanya lebih masam. Tempoh penyimpanan antara 6 bulan - 2 tahun mengikut cara serta suhu dan boleh dihidangkan mengikut citarasa tersendiri samada di goreng, di bakar atau apa-apa cara yang disukai.