Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Selasa

PENGEDARAN PEKASAM SELURUH MALAYSIA

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat dari masa kesemasa, bagi memudahkan pengguna mendapatkan pekasam ditempat yang berdekatan dan bagi menjalinkan perkongsian dengan semua usahawan-usahawan IKS. Dengan ini di alu-alukan semua usahawan sediaada dan bakal-bakal usahawan untuk turut bersama-sama dalam perniagaan makanan terutamanya memasarkan produk pekasam.

Semua pemborong, pengedar dan agen jualan SEGERA hubungi untuk mengedar/menjual pekasam. Bagi usahawan dan bakal usahawan, dengan hanya berpandukan modal seberapa yang ada dan tiada had modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan pekasam ini. Tetapi bukanlah langsung tiada modal pula. Maksudnya jika ada RM 100, mulakan perniagaan dengan RM100 dengan ini sesiapa pun boleh menjadi rakan niaga bagi menjual pekasam ini. Cuma perlu tanggung kos penghantaran samaada dengan pos, keretapi, bas DLL. Contoh jika pekasam RM 100 cuma perlu tambah kos penghantaran sahaja.

Bagi tujuan perundingan dan sebarang pertanyaan hubungi 013 255 2000 dan bagi memudahkan mendapat info, tontonlah movies di http://www.youtube.com/hajinadzri dan jika ada pertanyaan, boleh juga email hajinadzri@hotmail.com . Untuk memudahkan urusan adalah diharapkan supaya terus telefon supaya dapat terus berbincang secara langsung dan menberi jawapan pada semua persoalan.

Bagi tujuan mencuba dan 'test market' pada usahawan yang baru, adalah disyorkan supaya dapat memulakan dengan modal yang rendah dulu. Terdapat juga pelbagai jenis ikan yang dijadikan pekasam samada ikan air tawar atau ikan air masin. Dan bagi tujuan mempelbagaikan perniagaan, terdapat juga pelbagai jenis ikan kering. Kedera atau belanak masam mempunyai permintaan yang amat tinggi. Ini adalah produk yang dikeluarkan dikawal kualiti khususnya kadar masinnya. Samaada pekasam atau ikan kering, rasanya masam dan kurang masin.

Ruang dan peluang bagi menjadi agen pengedaran produk pekasam dan ikan kering ini adalah terhad kepada usahawan yang terawal di satu-satu kawasan. Ini adalah bagi memudahkan usahawan membuat jualan dan tidak berlakunya pertindihan atau saingan produk yang sama.

Ahad

Fermented Fish - idexmy - Ikan Pekasam

movies @ Youtube


Fermented Fish - idexmy - Ikan Pekasam yang di usahakan secara komersial oleh USAHAWAN LUAR BANDAR dengan bimbingan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - KKLW serta MOA MITI PDNKK MOSTI dengan agensi pelaksana FBP FELCRA MARA KEMAS MARDI SIRIM FAMA PERIKANAN UUM UPM MKM SKM TEKUN AGRO BANK. Juga turut serta sebagai ahli PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA - PPIM GABUNGAN PENGELUAR MAKANAN HALAL MALAYSIA - GPMM.


Pekasam di hasilkan dengan kaedah pemeraman di formulasikan kembali melalui pendekatan atau teknologi BIOTEK. ASAM GELUGOR di 'estrek' dan di peram bersama ikan bagi memasamkan ikan dan seterusnya menghasilkan PEKASAM yang berkualiti. Pelbagai jenis ikan air tawar dan air masin yang diproses dijadikan PEKASAM. Patin, Tongsan, Telapia, Loma, Ikan Puteh, Lampam, Sepat, Puyu, Teroboi, Keli, Kelah, Temoleh, Belida, Kembung, Gelama, Sadin, Kedera, Belanak dan lain-lain.


PEKASAM biasanya yang diproses secara tradisional diperam dengan begitu lama, ini menghilangkan banyak zat protein iaitu kandungan zat utama pada ikan. Struktur pada ikan yang di peram terlalu lama menyebabkan ianya mudah terurai.


Melalui pengetahuan yang dimenafaatkan melalui teknologi yang diperolehi dari MARDI SIRIM UPM, pemeraman ikan di singkatkan jika sebelum ini antara 1 - 6 bulan kini cuma 3 - 7 hari. Pemeraman yang lama akan menghancurkan ikan dan seterusnya menghilangkan zat Protein yang ada. Dengan kaedah BIOTEK ini, struktur ikan dalam keadaan sepatutnya dan zatnya ditambahbaik lagi. Penggunaan ASAM GELUGOR atau nama sainsnya GARCINIA ATROVIRIDIS GRIFF yang menghasilkan asid semulajadi Hca - Hydroxycitric secara langsung menambahkan keenakkan PEKASAM dengan AROMA yang menyelerakan. Proses pengeluaran PEKASAM secara TRADISIONAL dengan pendekatan TEKNOLOGI, gabungan penambahbaikkan ini menghasilkan produk BERKUALITI. Lebih 7 tahun R&D pembangunan produk PEKASAM ini. Dan kini pengeluaran di kormesial / berskala besar dapat menghasilkan 3 - 50 metrik tan sebulan.


Pengeluaran PEKASAM ini dibuat secara komersial, 3 - 50 metrik tan dikeluarkan dalam sebulan. Pemborong Pengedar Agen Jualan diperlukan, hubungi Haji Nadzri Mohamad 6 013 2552000 atau email hajinadzri@hotmail.com


Persembahan video PEKASAM di