Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

PEKASAM di IKS/RTM TV1 04/12/2010

Program IKS di RTM - TV1 pada Sabtu jam 11.05 pagi 04/12/2010 telah memaparkan perusahaan pekasam Annisa Global yang berjaya menembusi pasaran ke luar negara. Usahawan dari FELCRA BHD yang dibanggunkan oleh FELCRA dari kalangan peserta-peserta FELCRA. FELCRA berjaya membangunkan usahawan-usahawan dari kalangan peserta-peserta juga dikalangan keluarga peserta.Sebagai agensi yang bertanggungjawab, FELCRA melaksanakan pelbagai pendekatan dalam 'melahirkan' usahawan yang mampu berdaya saing.

Annisa Global yang dimiliki oleh Siti Maryam Adibah Khairunnisa adalah anak peserta FELCRA yang berjaya menguasai pasaran khususnya produk yang di usahakan iaitu PEKASAM. Pekasam berjenama WADIRA yang dipasarkan oleh Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd dengan tharedmark HeMAT. Kini pasaran yang meluas pekasam berpusat di Wisma FELCRA, Lot PT 4780 Jalan Rejang Setapak Jaya, Kuala Lumpur. Juga terdapat di seluroh semenanjung Malaysia iaitu Kawasan Johor/Melaka/Tengah/Pantai Timur/Perak. Untuk memudahkan untuk menjadi pengedar diseluroh kawasan, hubungi en. Bazlan 019 3436130 / 0341423094 atau terus hubungi Haji Nadzri 013 255 2000

Dalam usaha-usaha yang dibuat bagi pengembangan perniagaan khususnya pemasaran, Annisa Global mengalu-alukan pemborong-pemborong serta para peruncit untuk turut serta dalam perniagaan pekasam.

Terima kasih pada RTM khususnya pada penerbit rancangan majalah IKS serta semua krew yang terbabit. Juga pada pihak FELCRA khususnya bahagian pembangunan peserta. Terima kasih juga pada Sirim, Mardi, RTM, UPM, UUM, MKM, Pusat Pengembangan Perikanan Manjung, Perak, Akhbar Sinar, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Media Prima, UPEN, Felcra Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd dan semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang baik dalam perkembangan perusahaan PEKASAM ini.

Produk DESA kePersada ANTARABANGSA

"alang-alang menyeluk PEKASAM biarlah sampai ke pangkal lengan", ungkapan dorongan dari pemimpin no.1 negara diprogram turun padang dan inilah yang menjadi inspirasi supaya perusahaan PEKASAM ini akan terus dikembangkan dan nanti ianya menjadi satu industri yang mampu menyumbang dalam pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar serta negara.
PEKASAM yang sebelum ini hanyalah menjadi makanan bagi golongan orang-orang kampung dan hanya di usahakan secara tradisional saja. Dan kini dengan perkembangan semasa, melalui pendekatan teknologi ianya telah diusahakan secara komersial, selain memenuhi permintaan domestik dan kini ianya merentasi sempadan hingga keperingkat antarabangsa. PEKASAM produk DESA ke Persada Antarabangsa. Melalui ekspo, karnival dan pelbagai program yang dianjurkan mampu memperkenalkan PEKASAM sebagai produk makanan yang mempunyai nilai tambah dan berkhasiat.
Penampilan PEKASAM yang sebelum ini hanyalah sebagai produk yang tiada nilai dalam keadaan yang kurang menarik
dan kini melalui pendekatan bioteknologi yang sebelum ini hanyalah melalui pemeraman yang biasa. Dengan kaedah bioteknologi, PEKASAM mempunyai nilai tambah dan mengekalkan aroma dan citarasa tradisional. Ikan dimasamkan dengan pengembangan rasa masam dari asam gelugor yang memberikan rasa masam pada PEKASAM, mengekalkan struktur isi ikan dan kurang atau tidak masin. Menyedari permintaan pengguna kini yang inginkan PEKASAM yang kurang masin dengan penggunaan garam diminimakan dalam penghasilan PEKASAM.
Dengan pembungkusan yang menarik, PEKASAM kini telah dijadikan cenderahati bagi mengeratkan hubungan persaudaraan. Penampilan yang menarik dan aroma serta memenuhi citarasa pengguna. Sambutan amat menggalakan disemua tempat ekspo, karnival yang disertai. Penyertaan di Pameran HALAL antarabangsa - MIHAS telah berjaya memperkenalkan PEKASAM di peringkat Antarabangsa.

Kerjasama yang baik dari pelbagai agensi seperti KKLW, MITI, MOA, KPDNKK, MOE dan semua yang terlibat dalam membantu dalam pembangunan produk PEKASAM. Dan kini PEKASAM akan terus berkembang dengan penggunaan teknologi bioteknologi. Jalinan dengan tenaga pakar penyelidik dari universiti dan ianya nanti mampu melonjakkan perkembangan serta kemajuan perusahaan PEKASAM. Melalui Penyelidikan dan Inovasi para pakar dalam negara yang berketrampilan bagi menjadikan produk PEKASAM lebih berkualiti dengan nilai tambah.

Terima kasih pada semua yang turut membantu membangunkan produk PEKASAM, UUM, UPM, SIRIM, MARDI, MKM, MARA, NPC, FBP, FELCRA, AGRO BANK, BANK NASIONAL, PERIKANAN, FAMA, MATRADE, ASTRO, MEDIA PRIMA, TV3, TV9, TV7, RTM, AKHBAR SINAR, BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, THE STAR, NST dan semua yang terbabit. Dan kerjasama yang berterusan sebagai rakan niaga yang benar-benar memberikan menafaat yang berpanjangan.

Khamis

Aktiviti promosi PEKASAM 2010

My1Malaysia Exposition 22-24 Januari 2010 di Tun Razak Hall 3, Putra World Trade Centre (PWTC). Jualan dan promosi PEKASAM bersama FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan. Dan pada 5-7 Februari 2010 di Teluk Kemang, Port Dickson pada19-21 MAC di LIPIS Pahang sempena sambutan 50 tahun Kementerian Luar Bandar dan Wilayah KKLW, 20/03/2010 perasmian oleh YAB Dato'Seri Najib Tun Abd Razak, jumpa kita di Booth FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan -FBP, juga mengalu-galukan para usahawan dan bakal usahawan untuk menjadi rakan niaga FBP hubungi en. Bazlan 03-41423094. Perbagai produk keperluan harian spt Beras, Kopi, Pekasam dan lebih 20 produk yang diusahakan oleh usahawan desa FELCRA.