Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

Produk DESA kePersada ANTARABANGSA

"alang-alang menyeluk PEKASAM biarlah sampai ke pangkal lengan", ungkapan dorongan dari pemimpin no.1 negara diprogram turun padang dan inilah yang menjadi inspirasi supaya perusahaan PEKASAM ini akan terus dikembangkan dan nanti ianya menjadi satu industri yang mampu menyumbang dalam pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar serta negara.
PEKASAM yang sebelum ini hanyalah menjadi makanan bagi golongan orang-orang kampung dan hanya di usahakan secara tradisional saja. Dan kini dengan perkembangan semasa, melalui pendekatan teknologi ianya telah diusahakan secara komersial, selain memenuhi permintaan domestik dan kini ianya merentasi sempadan hingga keperingkat antarabangsa. PEKASAM produk DESA ke Persada Antarabangsa. Melalui ekspo, karnival dan pelbagai program yang dianjurkan mampu memperkenalkan PEKASAM sebagai produk makanan yang mempunyai nilai tambah dan berkhasiat.
Penampilan PEKASAM yang sebelum ini hanyalah sebagai produk yang tiada nilai dalam keadaan yang kurang menarik
dan kini melalui pendekatan bioteknologi yang sebelum ini hanyalah melalui pemeraman yang biasa. Dengan kaedah bioteknologi, PEKASAM mempunyai nilai tambah dan mengekalkan aroma dan citarasa tradisional. Ikan dimasamkan dengan pengembangan rasa masam dari asam gelugor yang memberikan rasa masam pada PEKASAM, mengekalkan struktur isi ikan dan kurang atau tidak masin. Menyedari permintaan pengguna kini yang inginkan PEKASAM yang kurang masin dengan penggunaan garam diminimakan dalam penghasilan PEKASAM.
Dengan pembungkusan yang menarik, PEKASAM kini telah dijadikan cenderahati bagi mengeratkan hubungan persaudaraan. Penampilan yang menarik dan aroma serta memenuhi citarasa pengguna. Sambutan amat menggalakan disemua tempat ekspo, karnival yang disertai. Penyertaan di Pameran HALAL antarabangsa - MIHAS telah berjaya memperkenalkan PEKASAM di peringkat Antarabangsa.

Kerjasama yang baik dari pelbagai agensi seperti KKLW, MITI, MOA, KPDNKK, MOE dan semua yang terlibat dalam membantu dalam pembangunan produk PEKASAM. Dan kini PEKASAM akan terus berkembang dengan penggunaan teknologi bioteknologi. Jalinan dengan tenaga pakar penyelidik dari universiti dan ianya nanti mampu melonjakkan perkembangan serta kemajuan perusahaan PEKASAM. Melalui Penyelidikan dan Inovasi para pakar dalam negara yang berketrampilan bagi menjadikan produk PEKASAM lebih berkualiti dengan nilai tambah.

Terima kasih pada semua yang turut membantu membangunkan produk PEKASAM, UUM, UPM, SIRIM, MARDI, MKM, MARA, NPC, FBP, FELCRA, AGRO BANK, BANK NASIONAL, PERIKANAN, FAMA, MATRADE, ASTRO, MEDIA PRIMA, TV3, TV9, TV7, RTM, AKHBAR SINAR, BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, THE STAR, NST dan semua yang terbabit. Dan kerjasama yang berterusan sebagai rakan niaga yang benar-benar memberikan menafaat yang berpanjangan.