Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

Pekasam RUSA

Pekasam RUSA begitu popular dengan permintaan yang agak tinggi di seluruh Malaysia. Namun stok pekasam RUSA begitu terhad kerana bahan mentah iaitu daging RUSA kurang dan sukar di perolehi. Annissa Global pengeluar pekasam RUSA telah berurusan dengan penternak RUSA serta pengimpot RUSA bagi memastikan pekasam RUSA sentiasa ada. 
Bagi memastikan anda dapat pekasam RUSA, buat pesanan lebih awal dan urusan penghantarannya dilakukan sebaik mungkin. Walaupun pekasam RUSA begitu 'eklusif' serta makanan agak 'mewah'. Bagi memastikan semua orang mampu menikmati pekasam RUSA, Annissa Global memasarkannya dalam kauntiti tertentu dengan harga yang mampu bagi semua orang. Kini, tiada apa-apa halangan untuk anda menikmati pekasam RUSA bagi memenuhi citarasa esotik yang menyelerakan. 

Selasa

Pesanan

Pekasam AnnissA yang boleh di buat pesanan melalui whatsapp 0125315488, tiada had samada sikit atau banyak harga sebagaimana yang di paparkan, cuma pelanggan perlu menambah kos pos. Elak buat pesanan lewat petang khamis dan di hari jumaat kerana mungkin lewat anda terima pesanan. Sebaiknya buat pesanan pada isnin selasa rabu kerana penerimaan pada ke esokkan harinya bagi seluruh semenanjung.
walau apa pun, rancang untuk buat pesanan sebab akan ambil masa untuk pembungkusan serta penghantarannya. Urusan pos adalah tertakluk pada terma serta syarat yang di tetapkan serta diluar kawalan pihak AnnissA Global. Penghantaran ke luar negara pula diuruskan melalui penerbangan syarikat penghantaran tertentu yang sesuai dengan distinasi.
Jika anda berminat untuk jadi agen pengedar produk pekasam AnnissA seluruh Malaysia, hubungi 0125315488  

Esotik

Esotik, pekasam perusahan di tepi serambi belakang rumah di usahakan secara kecil-kecilan sebagai iks bukan bermaksud industri kecil sederhana tetapi industri kecil sangat-sangat. Kini dengan kesungguhan kerajaan dengan pelbagai agensi khususnya kementerian pertanian dan industri asas tani berjaya tranformasikan perusahaan desa khususnya pekasam.
Puan Noraini Nordin, Pengarah Penerbit/Editor Agro Malaysia telah hubungi sejak 11.43.03 am 25/12/2015 dan pada 10.55.17 pm 03/10/2016 sekali lagi hubungi bagi tujuan penerbitan artikel mengenai perusahan pekasam. Sumbangan penerbitan Majalah Agro Malaysia bagi mempromosi produk atau perkhidmatan khususnya berkaitan pertanian amat membantu usahawan. Dan kini penerbitan majalah Agro Malaysia mudah di akses melalui internet secara langsung penyebaran maklumat lebih meluas. Infomasi yang berfaedah selain sebagai 'tool' atau alat promosi perniagaan khusus usahawan yang berasaskan pertanian.
Pekasam bukan hanya mengenai produk makanan, perusahaan, industri dan perniagaan tetapi lebih luas atau di'luar kotak' pemikiran. Seumpama kisah 3 orang buta melihat gajah, 1 pegang kaki, padanya gajah seperti pokok, 1 lagi pegang telingga, padanya gajah macam talam besar, 1 yang akhir pegang badan, padanya gajah macam bukit. Melihat pekasam secara holistik ianya sumber kekayaan samada kewangan atau yang lebih penting untuk kesihatan pengguna. Khasiat samada pekasam ikan atau daging dengan pemprosesannya melalui penapaian atau di sebut sebagai bioteknologi, tanpa pengawit tanpa kimia yang diproses secara semulajadi. Memberikan menafaat pada pengguna khususnya untuk kesihatan.
Kejayaan industri pekasam ianya kurang di ketengahkan begitu juga apa-apa pun industri perniagaan yang lain. Perusahaan atau perniagaan yang dipelupori oleh orang melayu kebiasaannya akan terkubur bersama pengusahanya dan agak jarang, kurang atau langsung tidak di warisi oleh anak-anak saudaramara serta jauh sekali untuk di menafaatkan secara umum. Dengan pendekatan strategik 'walfiduniahasanah walfilakhirahhasanah', AnnissA Global ingin mengembangkan sedikit pengetahuan kurniaan Illahi mengenai perusahaan pekasam, Bimbingan secara 'hand-on' buat pekasam secara langsung, pembangunan perniagaan dan yang berkaitan dengannya.
Ilmu bermenafaat yang sebelum ini diperolehi dari pelbagai pihak seperti Mara, Felcra, UPM, Mardi, Sirim, Perikanan, Maktab Koperasi Malaysia, UUM, UKM dan pelbagai pihak yang lain wajar di kembangkan khususnya sesama saudara muslim.
Susah tekanan hidup dengan keadaan ekonomi semasa bukan penghalang sesiapa pun mampu berusaha jika ada pengetahuan serta istiqamah. Maksud Ar Ra'd ayat 11, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri". Ayat ini sering diungkapkan setiap kali sambutan Maal Hijrah, jadikanlah sebagai pendorong untuk berubah atau bertambah baik demi diri keluarga serta ummah.    

Kekayaan

Pekasam bukan hanya tentang makanan tetapi ianya juga mengenai kekayaan, dengan usaha berterusan dan kini seorang usahawan dari Kuala Besut Terengganu telah berjaya sebagai pengeluar pekasam. Ini merupakan usaha pihak Universiti Malaysia Terengganu dan Annissa Global meng'tranformasi'kan agenda untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang bersesuaian dengan potensi setempat.
Bagi mempopularkan pekasam sebagai makanan setaraf makanan segera dipasaran, AnnissA Global kini menyediakan program 'hand-on' membimbing bakal usahawan dan usahawan-usahawan sediada dalam industri pembuatan pekasam. Program dibuat di tempat usahawan berkenaan berada atau di tempat usahawan itu beroperasi. Kini, bukan lagi halangan malah ruang dan peluang untuk meraih kekayaan dalam industri pekasam. 
Mana-mana individu, pihak atau agensi boleh menghubungi AnnissA Global berhubung program 'hand-on' membuat pekasam. Pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta daging lembu ayam rusa kambing boleh di komersialkan dijadikan pekasam. Hubungi 0133204100 0132552000 0125315488 samada untuk jadi pengedar agen penjual pekasam atau untuk sertai program 'hand-on' membuat pekasam.

Jumaat

Menyegat selera

Menyengat selera, pekasam Annissa kini popular hingga ke luar negara khususnya di kalangan warga Malaysia di luar negara. Di dalam negara, Pekasam Annissa di pasarkan atau di edarkan dengan pelbagai jenama oleh pengedar-pengedar seluruh Malaysia. Penjual atau pemborong yang menjual pekasam Annissa di pasaran dengan label atau packingnya sendiri. Annissa Global sebagai pengeluar pekasam, menggalakkan pengedar mengunakan jenama atau label sendiri supaya pelanggan terus membuat pembelian pada pengedar berkenaan.

Proses Pekasam

Pekasam Annissa di usahakan secara kormersial. oleh itu kualiti di utamakan serta kebersihan penyediaannya. Annissa Global iaitu pengeluar pekasam Annissa juga menyediakan program bimbingan usahawan atau latihan pada bakal pengusaha pekasam, ini adalah bagi mengujudkan rangkaian perusahaan pekasam untuk terus berkembang sebagai satu industri makanan utama negara. Bagi mana-mana pihak samada agensi atau individu yang ingin bersama-sama Annissa Global mengkormersialkan pekasam, hubungi 0133204100.   

Khamis

Media

Pekasam Annissa - Makanan Tradisional ke pasaran Internasional, kejayaan menerjah produk pekasam Annissa ke luar negara. Liputan media secara langsung melonjakkan Pekasam Annissa kini lebih di kenali. Sebagai pencetus ideal dengan inovasi dimana Pekasam hanyalah makanan tempatan yang di hasilkan secara kecil-kecilan, kini menjadi industri dan mampu bersaing dengan produk makanan popular yang lain.

Ikan Kering

Pelbagai Ikan kering yang di edarkan oleh Annissa Global samada ikan air tawar atau ikan air masin. Bagi membuat pesanan, Call/Whatsapp ke 012 531 5488 samada pesanan dalam kauntiti yang sikit atau dalam kauntiti yang banyak. Pembayaran adalah melalui akuan bank, hanya setelah bayaran dibuat, pesanan akan diuruskan penghantarannya mengikut tempoh tertentu yang di tetapkan pihak pengendali penghantaran samada keratapi, bas, pos atau yang bersesuaian.
 
 
 
 

Isnin

Pengedaran

Pengedaran pekasam Annissa seluruh Malaysia yang kini begitu laris, dengan pesanan melalui whatsapp dan penggunaan courier services / poslaju, begitu mudah anda membuat pesanan serta penerimaan pekasam. Namun kos penghantaran/kos pos sedikit di tambah dari nilaian kos pesanan, kos penghantaran adalah mengikut jenis perkhidmatan samada biasa atau cepat. 
Pesanan hanya akan di uruskan setelah bayaran di sahkan telah dibuat melalui bank, samada pesanan dengan kauntiti yang banyak atau sikit, dan jika memerlukan keterangan lebih lanjut, CALL / Whatsapp 012 531 5488