Esotik, pekasam perusahan di tepi serambi belakang rumah di usahakan secara kecil-kecilan sebagai iks bukan bermaksud industri kecil sederhana tetapi industri kecil sangat-sangat. Kini dengan kesungguhan kerajaan dengan pelbagai agensi khususnya kementerian pertanian dan industri asas tani berjaya tranformasikan perusahaan desa khususnya pekasam.
Puan Noraini Nordin, Pengarah Penerbit/Editor Agro Malaysia telah hubungi sejak 11.43.03 am 25/12/2015 dan pada 10.55.17 pm 03/10/2016 sekali lagi hubungi bagi tujuan penerbitan artikel mengenai perusahan pekasam. Sumbangan penerbitan Majalah Agro Malaysia bagi mempromosi produk atau perkhidmatan khususnya berkaitan pertanian amat membantu usahawan. Dan kini penerbitan majalah Agro Malaysia mudah di akses melalui internet secara langsung penyebaran maklumat lebih meluas. Infomasi yang berfaedah selain sebagai 'tool' atau alat promosi perniagaan khusus usahawan yang berasaskan pertanian.
Pekasam bukan hanya mengenai produk makanan, perusahaan, industri dan perniagaan tetapi lebih luas atau di'luar kotak' pemikiran. Seumpama kisah 3 orang buta melihat gajah, 1 pegang kaki, padanya gajah seperti pokok, 1 lagi pegang telingga, padanya gajah macam talam besar, 1 yang akhir pegang badan, padanya gajah macam bukit. Melihat pekasam secara holistik ianya sumber kekayaan samada kewangan atau yang lebih penting untuk kesihatan pengguna. Khasiat samada pekasam ikan atau daging dengan pemprosesannya melalui penapaian atau di sebut sebagai bioteknologi, tanpa pengawit tanpa kimia yang diproses secara semulajadi. Memberikan menafaat pada pengguna khususnya untuk kesihatan.
Kejayaan industri pekasam ianya kurang di ketengahkan begitu juga apa-apa pun industri perniagaan yang lain. Perusahaan atau perniagaan yang dipelupori oleh orang melayu kebiasaannya akan terkubur bersama pengusahanya dan agak jarang, kurang atau langsung tidak di warisi oleh anak-anak saudaramara serta jauh sekali untuk di menafaatkan secara umum. Dengan pendekatan strategik 'walfiduniahasanah walfilakhirahhasanah', AnnissA Global ingin mengembangkan sedikit pengetahuan kurniaan Illahi mengenai perusahaan pekasam, Bimbingan secara 'hand-on' buat pekasam secara langsung, pembangunan perniagaan dan yang berkaitan dengannya.
Ilmu bermenafaat yang sebelum ini diperolehi dari pelbagai pihak seperti Mara, Felcra, UPM, Mardi, Sirim, Perikanan, Maktab Koperasi Malaysia, UUM, UKM dan pelbagai pihak yang lain wajar di kembangkan khususnya sesama saudara muslim.
Susah tekanan hidup dengan keadaan ekonomi semasa bukan penghalang sesiapa pun mampu berusaha jika ada pengetahuan serta istiqamah. Maksud Ar Ra'd ayat 11, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri". Ayat ini sering diungkapkan setiap kali sambutan Maal Hijrah, jadikanlah sebagai pendorong untuk berubah atau bertambah baik demi diri keluarga serta ummah.