Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Selasa

Pasaran

Annissa Global adalah syarikat yang berdaftar sebagai pengeluar pekasam atau memproses, menghasilkan pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin, daging seperti puyuh ayam rusa kambing lembu di jadikan pekasam. Pengeluaran pekasam secara komersial secara kontrak pengilangan / pembuatan ~ OEM, pasarkan pekasam pada harga borong di seluruh Malaysia. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dan sejak 2009 telah pasarkan pekasam secara komersial di seluruh Malaysia serta ke luar negara.

Antara ikan air tawar yang di jadikan pekasam adalah loma ikan putih lampam sepat puyu teroboi talapia hitam atau merah tengalang patin jelawat kaloi sebarau pucuk pisang haruan keli dan pelbagai lagi ikan air tawar yang lain. Begitu juga dengan ikan air masin yang di jadikan pekasam antaranya gelama kembung sadin tenggiri siakap jenahat kerapu seludu duri selangat dan pelbagai lagi ikan air masin yang di jadikan pekasam. Pekasam daging antaranya puyuh ayam kambing rusa lembu mengikut permintaan pasaran serta tertakluk pada stok bahan mentah. Ada juga permintaan pekasam yang agak esotik seperti pekasam telor sotong ikan salmon dan pelbagai lagi yang di jadikan pekasam.

Untuk tujuan pengembangan perniagaan di seluruh Malaysia, Annissa Global juga menganjurkan kursus penghasilan ikan dan daging pekasam secara Hand-on / praktikal samada di anjurkan oleh pihak agensi kerajaan atau swasta dan atas permintaan pengusaha atau bakal pengusaha. Bagi tujuan mengujudkan networking / jaringan perniagaan lebih serius, Annissa Global mengalu-alukan pemborong-pemborong, pengedar-pengedar dan semua pihak untuk jadi rakan niaga pasarkan pekasam samada dalam negara di seluruh Malaysia atau bagi tujuan eksport ke luar negara.
Hubungi CALL 0133204100 / 0132552000 atau whatsapp 0125315488 dan untuk info klik 1annissa.blogspot.my / www.zuhudniaga.com

Isnin

Kursus buat Pekasam

Kursus penghasilan ikan dan daging pekasam anjuran bersama Annissa Global dan Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya, Selangor. Di adakan pada 29-30 Oktober 2018 dimana pada hari pertama sessi talk dan hari kedua kursus di buat secara hand-on atau praktikal. Cara pembersihan ikan dan daging, seterusnya proses pemeraman dan kaedah pembungkusan.

Juga pelbagai info mengenai perniagaan produk pekasam dalam perkongsian pengalaman dengan para peserta kursus. Para pengusaha atau bakal-bakal peniaga yang ingin ceburi dalam perniagaan pembuatan pekasam boleh turut serta. Dan untuk kursus hand-on secara langsung di tempat pengusaha / peniaga, boleh hubungi 0133204100.