Kursus penghasilan pekasam secara komersial yang di sediakan oleh Annissa Global kepada pengusaha atau pada bakal pengusaha yang berminat atau bercadang untuk jadi pengusaha pekasam. Kursus di adakan terus di tempat pengusaha atau di tempat anda, kursus boleh di anjurkan samada oleh mana-mana agensi atau anda sendiri sebagai bakal pengusaha boleh anjurkannya.
Kursus boleh di adakan samada di rumah, bengkel, dewan, kilang atau mana-mana tempat yang sesuai. Sekurang-kurangnya kursus di buat selama 2 (Dua) hari atau mengikut kesesuaian peserta dan kos kursus adalah mengikut pakej kursus yang di perlukan.
Kursus dibuat secara hand-on atau praktikal, peserta melakukan semua step atau tahap proses penghasilan pekasam. Sebagai contoh, jika pakej kursus 2 hari, 14 (empat belas) hari sebelum tarikh kursus dibuat, peserta perlu sediakan bahan mentah dan pada hari kursus dibuat, bahan-bahan yang di sediakan akan digunakan pada hari berkenaan.
Kursus diberikan mengikut pakej yang peserta pilih dan bagi pakej kursus yang lengkap adalah termasuk pemantauan berkala bagi memastikan peserta mampu mengaplikasikan pengetahuan semasa kursus diikutinya. Kursus juga boleh di tingkatkan ke tahap lanjutan yang berkaitan jangka hayat produk, kaedah penyimpanan, pembungkusan, kajian dan kaedah pemasaran.
Kursus penghasilan pekasam secara komersial di berikan mengikut tahap, tahap asas. tahap lanjutan dan tahap pengembangan. Pakej asas kursus adalah hanya 2 (dua) hari, ianya berkaitan kaedah asas penghasilan pekasam secara komersial. bagi pakej kursus lanjutan ianya berkaitan kaedah pembungkusan serta berkaitan jangka hayat produk khususnya berkaitan kaedah penyimpanan yang betul. Bagi pakej kursus pengembangan pula adalah berkaitan kajian / kaedah pasaran serta membantu mengenai pasti risiko dan peluang berkaitan kaedah SWOT & TOWS dalam perniagaan pekasam.
Untuk anjurkan atau adakan kursus penghasilan pekasam secara komersial, hubungi Call 0133204100 atau whatsApp 0125315488 - ikuti info di www.zuhudniaga.com