Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Ahad

Pekasam ikan & Daging

Pekasam ikan & daging di komersial ke seluruh Malaysia, kini tiada halangan bagi pengemar atau yang ingin jadikan pekasam juadah hidangan anda. Pekasam ikan air masin seperti kembung sadin gelama dan ikut tempahan pelanggan. Ada juga yang buat pesanan pekasam ikan salmon, siakap, kerapu, jenahak, tenggiri dan berbagai-bagai jenis ikan boleh dibuat pekasam. Boleh dikatakan semua jenis ikan air masin boleh dibuat pekasam tapi harga ikan-ikan tertentu agak tiinggi dan tidak di sediakan yang hanya dibuat atas tempahan. Pekasam ikan air masin seperti kembung sadin dan gelama memang mudah diperolehi untuk di jadikan pekasam serta begitu banyak permintaan.
Pekasam ikan air tawar  seperti ikan lampam, loma, talapia, puyu dan yang paling banyak mendapat permintaan adalah pekasam sepat. Permintaan pekasam sepat dari pelanggan agak tinggi, boleh dikatakan sentiasa ada pekasam sepat dan sebagaimana biasa kekadang stok bahan mentah sukar di perolehi atau harga yang tidak stabil. Pekasam ikan air tawar yang lain seperti patin, ketutu, temoleh, kaloi, kelah, tenggas juga ada yang buat pesanan malah ikan kelisa serta arowana pun pernah dibuat pekasam. Pelik?, ikan hiasan dibuat pekasam, ceritanya begini kolam komersial penternakan ikan hiasan bekalkan induk atau ikan kelisa atau arwana yang telah mati setelah jalani proses pembiakkan. So, buat pekasam ikan kelisa dan arwana tapi bukan sentiasa ada, jangan mengidam nak makan pekesam kelisa dan arwana pulak. Semua jenis ikan bernilai tinggi hanya dibuat atas permintaan saja dan ikan-ikan biasa dijadikan pekasam seperti sepat mudah dibuat pesanan.
Annissa Global juga sedia membekalkan pada pemborong, pengedar, penjual dan sesiapa saja nak jadi agen pekasam keluaran Annissa. Hubungi / whatsApp 0125315488 atau terus CALL 0133204100