Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

Baru

Baru - Pekasam Annissa, bagi menampakkan lebih menarik satu perubahan baru dibuat dan ini nanti menyerlahkkan lagi penampilan blog pekasam 1AnnissA. Walaupun yang dimaksudkan baru bagi pekasam Annissa ialah pekasam yang baru di pack dan masih belum sedia digunakan. Pekasam Annissa yang dipack tanpa menggunakan mesen kedap udara, dimana proses pemeraman terus berlaku walaupun dalam pack. Dalam tempoh 7 - 10 hari setelah di pack, pekasam Annissa akan mengeluarkan air dan setelah ada air dalam pack, pekasam Annissa baru sedia untuk digunakan,
Lebih lama disimpan, lebih sedap digunakan dan pekasam Annissa boleh disimpan antara 6 - 12 bulan dalam pack tanpa perlu di masukkan ke dalam peti sejuk. Namun pekasam Annissa tidak boleh didedahkan pada cahaya matahari yang boleh merosakannya. Penyimpanan dalam suhu bilik biasa dan tidak diletakkan dalam tempat yang panas seperti dalam both kereta. Pekasam Annissa hanya boleh dipanaskan semasa dimasak saja dan penyimpanan tidak boleh di dedahkan pada suhu yang panas, ini adalah kerana pekasam Annissa terus berlaku pemeraman walaupun dalam pack. 

Jumaat

Cantik

Cantik - Pekasam Annissa, penampilan yang cantik dan menarik dengan packing dalam kotak. Satu perkembangan begitu membanggakan, jika sebelum ini pekasam di tampilkan dalam keadaan kurang dan tidak menarik dan kini pekasam Annissa di tampilkan begitu menarik. Satu-satunya produk pekasam yang kini berada dalam pasaran dengan penampilan yang amat menarik. Dengan penampilan yang menarik, pekasam Annissa ini di jadikan souveniers atau cenderahati, di masukkan dalam bag buddies di majlis-majlis resmi. 
Cantik packaging nya, sedap isi kandungannya dan menarik dipandang mata serta jadi kebanggaan yang memilikinya. Pekasam Annissa kini jadi pioneer atau perintis pada tranformai perusahaan pekasam masa kini.  

Jual

Jual - Pekasam Annissa, bagi menjadi rakan niaga produk pekasam Annissa dengan menjual pekasam dan boleh dibuat samada dengan kauntiti yang banyak atau sikit. Anda kini boleh jadi sebahagian daripada rangkaian pengedaran atau penjual pekasam Annissa. 
Jika anda bercadang untuk jadi pengedar, dengan hanya bermula dengan modal RM 3 ribu atau 1 ribu pack dan anda menguasai pengedaran di kawasan anda. Sebagai pengedar, jika terdapat peruncit di kawasan yang berdekatan dengan anda, peruncit berkenaan akan di arah untuk berurusan terus dengan anda dan anda mempunyai rangkaian pengedaran di kawasan berkenaan. 
Bagi peruncit dengan hanya bermodal antara RM 100 - RM 150, kini boleh mula jadi penjual pekasam Annissa. Jika dengan kauntiti yang sikit, mungkin kos penghantaran yang perlu ditanggung oleh anda. Jika penghantaran di kawasan Kuala Lumpur, ianya boleh dibuat pada masa-masa tertentu dan tanpa kos penghantaran. 
Tempahan untuk mendapatkan stok pekasam perlu dibuat bayaran terlebih dulu samada sebagai pemborong, pengedar dan peruncit. Kini, tiada halangan untuk anda jadi sebahagian dari rakan niaga produk pekasam Annissa. Jadilah penjual pekasam keluaran Annissa dan anda sebenarnya menjadi rakan niaga yang berkongsi keuntongan perniagaan Annissa Global secara langsung dengan jualan yang anda sendiri lakukan..

Sedap

Sedap - Pekasam Annissa, takrif atau maksud perkataan sedap yang bukan mudah nak tentukan. Citarasa berbeza dan lebih-lebih lagi pandangan juga tak sama. Jika hanya nak jelaskan maksud sedap, agak mudah ianya bererti sesuatu yang rasanya yang baik lagi menyelerakan. Untuk nak tentukan sedap sesuatu makanan, bukannya mudah dan tidak dapat nak tentukannya. Mungkin jika jualan atau permintaan yang tinggi sesuatu makanan itu yang membuktikan ianya sedap. Atau penggunaan yang berulang-ulang kali bagi makanan yang sama oleh sesaorang yang menentukan ianya sedap.
Jika apa yang dikatakan sedap, yang menentukkannya sebab permintaan yang tinggi, penggunaan yang berulang-ulang kali dan produk berkenaan mampu menarik minat pengguna yang baru. Pekasam keluaran Annissa yang lebih dari 20 tahun di komesialkan, jika sebelum ini hanya dikenali atau dipasarkan di tempatan saja dan kini telah menguasai sebahagian pasaran tempatan dan telah menembusi pasaran luar negara. 

Rabu

Pengeluar

Pengeluar - Pekasam Annissa, kebiasaannya di nyatakan pekasam Pekan Rabu Kedah, pekasam Changkat Jering, pekasam tasik raban Lenggong, pekasam Perak dan pelbagai lagi. Ini adalah berkaitan dengan pengeluar, pekasam Annissa adalah di keluarkan oleh Annissa Global di Changkat Jering. Gerai Pasar Minggu Changkat Jering di no. 29, 30, 31 dan 32 serta di bangunan baru Pasar Minggu Changkat Jering di nombor 27, 28, 29 dan 30. Operasi Pasar Minggu Changkat Jering ( lama ) pada setiap sabtu dan ahad, manakala operasi di bangunan baru Pasar Minggu Changkat Jering adalah pada setiap hari.
Sebagai pengeluar pekasam Annissa, pengedar atau penjual-penjual diseluruh Malaysia di alu-alukan. Sehingga kini, pekasam keluaran Annissa boleh didapati di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur dan Shah Alam Selangor.

Kualiti

Kualiti - Pekasam Annissa, melalui proses penyediaan yang begitu teliti, dari awal hingga akhir pemprosesan dan dengan bahan-bahan yang berkualiti. Tunjuk ajar, bimbingan dan panduan dari Mardi, Sirim, Perikanan dan pelbagai pihak, pendedahan pengetahuan amalan pengeluaran produk makanan terutama pengeluaran pekasam. 
Pekasam Annissa yang mengutamakan kualiti, ikan dan bahan-bahan dipastikan menepati garis panduan atau S.O.P tahap yang baik. Proses penyediaan ditetapkan pada tahap yang bersih serta selamat.

Live

Live - Pekasam Annissa, live atau lintas langsung temubual di booth pekasam Annissa semasa karnival. Nak on-air lebih kurang 5 minit, preparation nya hampir sejam dan skipnya tak derr, just cakap jer ikut apa yang di tanya oleh pemberita. Glamour laa jugak sebab sebelum on-air sms, WhatsApp, weechat dan halo-halo kekawan, saudara mara suruh tengok tv sebab pekasam Annissa masuk tv secara live. 
 

Sedap

Sedap - Pekasam Annissa, " tak try tak tau, bila dah rasa hari-hari mahu ", itulah ungkapan yang sering kali dinyatakan oleh pengguna / pengemar pekasam setelah nikmati pekasam Annissa. Nasi panas dengan pekasam goreng, walaupun tanpa menu lauk yang lain, hanya pekasam Annissa boleh habiskan nasi 2 pinggan. Terlajak habis, itu jika makan pekasam annissa dan jika anda jadi pengedar atau penjual pekasam Annissa nanti jadi ' terlajak laris lah.

Esotik

Esotik - Pekasam Annissa, citarasa esotik dimana pekasam yang sekian lama atau yang telah ujud ratusan tahun lalu dan sehingga kini masih lagi digemari. Makanan dalam kategori esotik, pekasam yang disediakan atau diproses dengan begitu unik. Proses pemeraman yang mengambil masa tertentu dan pekasam Annissa melalui tranformasi, dimana mengekalkan rasa tradisional dengan pemprosesan berteknologi.

No.1

No.1 - Pekasam Annissa, mendapat sentuhan perdana dari pemimpin no.1, Satu penghargaan juga suntikan semangat secara lansung dari YAB Perdana Menteri. Pekasam Annissa, jika dulunya di usahakan secara sampingan atau secara sambilan, kini jadi perusahaan secara komersial dan terus berkembang. 
Ungkapan YAB Perdana Menteri yang di zahirkan atau diucapkan, " Produk Desa Ke Persada Antarabangsa", disertakan dengan komitmen yang tinggi, disusuli dengan tindakan yang proaktif semua agensi kerajaan terutamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) dan semua pihak. Ternyata pekasam Annisaa kini antara produk keluaran 100% bumiputera warga Malaysia telah menembusi pasaran U.K bukan Ulu Klang atau Ulu Kenas tetapi United Kindom. Sebagai mana umum ketahui, rakyat Malaysia berada diserata dunia dan orang yang makan nasi seperti  cina, pakistan, india dan pelbagai bangsa lagi berada disegenap pelusuk dunia, orang-orang asia umumnya yang makan nasi dan pasaran pekasam berada dimana-mana di pelusuk dunia. Pekasam Annissa telah merentasi tembok besar china, menyeberangi sempadan timur tengah, melebarkan pasaran ke eropah, USA dan di asia barat seperti korea, jepun dan pelbagai lagi 
.
Sri kandi yang juga wanita pertama / first lady yang begitu mesra, sentiasa memberikan pandangan yang positif dan secara lansung menyumbang pada perkembangan serta kemajuan pekasam Annissa. 

Asam Gelugor

Asam gelugor - Pekasam Annissa, bahan utama dalam proses pengeluaran pekasam Annissa adalah menggunakan asam gelugor. Jika pekasam yang diproses secara tradisional, yang mengambil masa yang agak lama dan di peram dalam tempoh yang lama. Pemeraman yang lama menjadikan pekasam hilang nutrein pemakanan. 
Pekasam Annissa yang diproses dalam tempoh yang singkat, penggunaan asam gelugor yang mempercepatkan proses memasamkan pekasam dan mengekal serta mempertingkatkan atau sebagai value added. Jika pekasam sebelum ini hanya sebagai menambah selera makan kini pekasam Annissa dapat meningkatkan kualiti kehidupan. Dimana asam gelugor yang disahkan melalui penyelidikan yang memberikan menafaat yang amat baik pada kesihatan. 

Universiti

Universiti - Pekasam Annissa, bukan hanya pelajar yang masuk universiti, pekasam Annissa pun masuk unversiti. Usaha yang serius oleh Annissa Global bagi memastikan produk atau pekasam yang dikeluarkan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kearah pengiktirafan kualiti pekasam yang di keluarkan, penyelidikan oleh pihak universiti telah dibuat. Walaupun dalam bentuk khidmat nasihat dalam pemprosesan produk pekasam khususnya berkaitan 'food technology' dan pekasam Annissa diproses berasaskan biotechnology.
Proses pembuatan pekasam Annissa yang mengekalkan konsep tradisional iaitu rasa yang masam pada pekasam dan rasa masam pada pekasam Annissa adalah dengan menggunakan Asam Gelugor dimana nama saintifiknya ialah  Garcinia atroviridis. Acid Hydroxy Citric (HCA) dari akstrak asam gelugor secara semulajadi amat baik untuk kesihatan. Inilah perbezaan yang begitu ketara antara produk pekasam yang lain dengan pekasam Annissa. 

Kelakar

Kelakar - Pekasam Annissa, jika sebut jual pekasam, dengar saja pekasam mungkin agak kelakar tetapi ternyata kini satu sumber kekayaan. " dengar kelakar tetapi jika di usahakan jadi kaya ". Ini adalah realiti dengan kepadatan penduduk Malaysia lebih kurang 30 juta, jika hanya 5 peratus atau 1.5 juta orang saja makan pekasam, lebih kurang RM 7.5 juta jualan dapat dibuat. Pengeluaran pekasam di seluruh Malaysia dianggarkan lebih kurang antara 10 - 30 metrik tan pada satu-satu masa. 
Walaupun pekasam tidak begitu popular seperti ayam goreng, burger, pizza dan pelbagai lagi makanan segera / fast food. Permintaan pekasam hanyalah dipasarkan secara tradisional, dijual di pasar malam, di gerai tepi jalan dan secara kecil-kecilan. Pekasam popular dikawasan-kawasan tertentu samada di negeri atau daerah. Jika di Perak, terdapat pusat pengeluaran Pekasam dan di kedah dikatakan tempat yang senonim dengan pekasam terutamanya di Pekan Rabu, manakala pengguna atau yang gemar pekasam adalah dari golongan yang berusia 40 an ke atas.
Senario penggemar pekasam kini berubah dengan usaha mempromosikan pekasam dalam konten atau pendekatan yang berbeza dari dulunya hanya sebagai makanan penambah selera. kini pekasam sebagai menu makanan untuk kesihatan. Annissa Global bersama beberapa agensi pelaksana antaranya Universiti dan pusat penyelidikan telah membuat R & D yang mengekalkan konten pekasam dan dengan inovasi serta value added / tambah nilai yang menjadikan pekasam sebagai makanan kasihatan.    

Lakonan

Lakonan - Pekasam Annissa kini dah berlakon dalam drama keluaran astro, dimana antara part atau scene dalam drama berkenaan melibatkan pekasam Annissa. Dah boleh berlakon rupanya pekasam Annisa, mungkin nanti sama taraf dengan Rosham Nor atau Aroon Aziz dan glamour gitu. 
Jika sebelum ini pekasam Annissa menerjah pasaran luar negara, dikenali setelah mendapat liputan di media elektronik dan di media cetak. Dengan melangkah ke layar perak, satu lagi perkembangan positif ke arah mempromosi makanan tradisional ke pasaran internasional. 

Selasa

Pekasam Annissa - Pengedaran

Pekasam Annissa - Pengedaran pekasam kini amat baik, terdapat pelbagai pihak yang turut mengedar pekasam keluaran Annissa dan terutamanya peniaga-peniaga. Sambutan menggalakkan ini kerana pekasam keluaran Annissa menepati cita rasa pengguna. Dengan pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar dan ikan air masin. Tiada lagi halangan pengguna dari menikmati pekasam dengan menggunakan pekasam keluaran Annissa.
Namun begitu, bagi anda yang berminat untuk menjadi pengedar pekasam keluaran Annissa, di alu-alukan, segera hubungi 013 3204100 dan boleh buat perundingan mengenainya. Bagi tempoh yang terhad, Annissa Global pengeluar pekasam Annissa menawarkan pekasam ikan air masin dengan harga RM 20.00 sekilogram yang boleh dipack dengan berat 130 gram, 150 gram dan 200 gram setiap pack. Dan bagi ikan air tawar, ianya mengikut jenis ikan, talapia sekilo RM 20.00, Lampam dan Loma atau ikan putih RM 25 setiap 1 Kg, ikan sepat / puyu RM 30 setiap 1 Kg.