Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Rabu

Kelakar

Kelakar - Pekasam Annissa, jika sebut jual pekasam, dengar saja pekasam mungkin agak kelakar tetapi ternyata kini satu sumber kekayaan. " dengar kelakar tetapi jika di usahakan jadi kaya ". Ini adalah realiti dengan kepadatan penduduk Malaysia lebih kurang 30 juta, jika hanya 5 peratus atau 1.5 juta orang saja makan pekasam, lebih kurang RM 7.5 juta jualan dapat dibuat. Pengeluaran pekasam di seluruh Malaysia dianggarkan lebih kurang antara 10 - 30 metrik tan pada satu-satu masa. 
Walaupun pekasam tidak begitu popular seperti ayam goreng, burger, pizza dan pelbagai lagi makanan segera / fast food. Permintaan pekasam hanyalah dipasarkan secara tradisional, dijual di pasar malam, di gerai tepi jalan dan secara kecil-kecilan. Pekasam popular dikawasan-kawasan tertentu samada di negeri atau daerah. Jika di Perak, terdapat pusat pengeluaran Pekasam dan di kedah dikatakan tempat yang senonim dengan pekasam terutamanya di Pekan Rabu, manakala pengguna atau yang gemar pekasam adalah dari golongan yang berusia 40 an ke atas.
Senario penggemar pekasam kini berubah dengan usaha mempromosikan pekasam dalam konten atau pendekatan yang berbeza dari dulunya hanya sebagai makanan penambah selera. kini pekasam sebagai menu makanan untuk kesihatan. Annissa Global bersama beberapa agensi pelaksana antaranya Universiti dan pusat penyelidikan telah membuat R & D yang mengekalkan konten pekasam dan dengan inovasi serta value added / tambah nilai yang menjadikan pekasam sebagai makanan kasihatan.