Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Isnin

Pekasam Annissa - jadi tumpuan media di karnival

Pekasam Annissa - jadi tumpuan media di karnival. Penyertaan di ekspo dan karnival yang disertai oleh Felcra Bhd dan melalui Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd. Produk pekasam keluaran Annissa Global Sdn Bhd antara produk yang di pasarkan di booth Felcra. 
Sokongan berterusan Felcra bagi membangunkan usahawan dari kalangan peserta felcra dan melalui pelbagai pendekatan di lakukan antaranya melalui penyertaan di ekspo dan karnival.
Tumpuan media di booth Felcra bagi mendapatkan maklum balas, usaha-usaha yang dilakukan oleh Felcra bagi membangunkan usahawan.
Melalui program latihan yang berterusan dan penambahbaikkan penampilan produk, khususnya pembungkusan dan label. Ini lebih menarik perhatian semua pihak, samaada pihak media dan produk mudah menembusi pasaran. 
Pekasam Annissa antara produk yang dibangunkan oleh Felcra dari segi pembungkusannya, dengan kotak yang menarik dan pastinya menarik perhatian.
Jika sebelum ini pekasam hanya dalam pembungkusan yang biasa dalam 'pack' plastik dan kini dalam kotak yang menarik.
Pekasam dengan jenama WADIRA dan dipasarkan oleh HEMAT yang boleh di dapati di outlet Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd - FBP di Ibu Pejabat Felcra Kuala Lumpur. 
Usaha berterusan bagi memasarkan pekasam dan peningkatan kauntiti pengeluaran produk pekasam
Penyertaan di pelbagai karnival dan ekspo seperti Halfest, Maha dan sebagainya, ini sebagai langkah promosi produk pekasam serta pelbagai produk berjenama HEMAT. - " Produk Berkualiti, Milik Anda "