Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Sabtu

Pekasam Annissa - kualiti pembungkusan

Pekasam Annissa - kualiti pembungkusan, ianya di masukkan kedalam pek plastik dengan ketebalan 8mm - 10mm. Semasa peringkat awal pembungkusan dibuat, ianya tidak dikedap udara / vacum pack, ini adalah bagi mengekalkan proses pemeraman walaupun semasa ianya telah di pack. Semakin lama ianya di simpan, proses pemeraman masih terus berlaku dan rasanya lebih baik. Pekasam Annissa tidak boleh terdedah pada cahaya matahari secara terus, sesuai pada suhu bilik dan lebih baik jika disimpan dalam freezer. Jika disimpan dalam freezer jangkahayatnya menjangkau 2 tahun dan jika disimpan dalam suhu bilik biasa boleh bertahan sehingga 6 bulan. Dan jika dibiarkan secara langsung / terdedah pada pancaran matahari, kurang dari 1 jam ianya boleh rosak, ini adalah kerana pekasam Annissa adalah diproses secara pemeraman / fermented.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.