Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Isnin

Annissa Global

Annissa Global adalah pengeluar, daging dan ikan pekasam di pasarkan pada harga borong ke seluruh Malaysia kepada pemborong atau pengedar. Pelbagai jenis daging dan ikan yang di jadikan pekasam dan harganya mengikut harga bahan mentah semasa atau harga daging berkenaan ketika ini.

Harga bagi ikan pekasam ketika ini keseluruhannya samada ikan air tawar atau ikan air masin adalah sama saja. Iaitu bagi yang kauntitinya atau berat 130 gram - RM 3.75, 150 gram - RM 4.30 dan 200 gram - RM 6.00. Semua jenis ikan, harga setiap pack mengikut berat kauntitinya sebagaimana yang di nyatakan. Perubahan harga ikan atau bahan mentahnya akan menyebabkan harga jualannya turun atau naik mengikut keadaan semasa ketika itu atau semasa order / tempahan / pesanan dibuat.

Harga bagi daging pekasam adalah mengikut jenis, bagi pekasam daging Lembu bagi kauntiti beratnya 100 gram - RM 6.00 dan 200 gram - RM 10.00 pekasam daging Ayam 100 gram - RM 5.00 dan 200 gram - RM 9.00 pekasam daging Rusa 100 gram - RM 12.00 dan 200 gram - RM 22.00. Pekasam daging adalah tertakluk pada harga bahan mentah iaitu harga daging berkenaan. Perubahan harga daging atau bahan mentahnya akan menyebabkan harga jualannya turun atau naik mengikut keadaan semasa ketika itu atau semasa order / tempahan / pesanan dibuat.

Kauntiti atau berat setiap pack / bungkusan juga adalah tertakluk pada jualan yang dibuat samada mengikut berat atau jualan yang dibuat hanya mengikut jumlah pack / bungkusan tanpa mengambilkira atau tidak merujuk pada kauntiti berat kandungan setiap pack / bungkusan. Kauntiti atau berat setiap pack / bungkusan pekasam samada kurang atau lebih beratnya ketika proses pembungkusan atau berlaku penyusutan berat setelah di pack / di bungkus dan pengurangan berat setelah dibuka pekasam dari bungkusannya. 

Jualan pada harga borong semua jenis pekasam Annissa samada pekasam daging dan pekasam ikan air tawar atau pekasam ikan air masin. Kos penghantaran adalah di tanggung oleh pembeli dan kos penghantaran adalah tertakluk pada jenis syarikat pengendali penghantaran seperti Poslaju Gdex DHL FedEx EMS SkyNet EasyParcel CityLink KTMD atau pelbagai lagi cara penghatarannya. Tempoh atau masa penghantaran adalah tertakluk pada syarikat penghantaran tersebut. Kerosakkan bungkusan atau kelewatan penghantaran adalah di tanggung oleh syarikat pengendali penghantaran berkenaan. Penghantaran ke luar negara adalah di uruskan sendiri oleh pemborong, pengedar atau individu berkenaan yang perlu patuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Annissa Global jual pelbagai produk pekasam pada harga borong, penghantaran ke seluruh Malaysia serta bagi peniagaan secara dropship, adalah sama hanya setelah bayaran dibuat, produk di hantar ke alamat dalam atau seluruh Malaysia seperti yang di arahkan. 

Tempoh proses penghantaran 7 atau 14 hari dari tarikh bayaran pesanan di sahkan telah dibuat. Hanya setelah pengesahan bayaran telah dibuat, proses penghantaran seperti urusan packing / bungkus / pack dibuat mengikut kauntiti berat pesanan / order. Urusan pembungkusan pekasam hanya di proses setelah bayaran dibuat mengikut pesanan dan selagi bayaran tidak di sahkan 'succesful', proses pembungkusan tidak di uruskan.

Pesanan produk pekasam Annissa boleh di buat melalui whatSapp 0125315488, rujukan harga pekasam tertakluk pada senarai yang di nyatakan atau harga yang di kemaskini dari masa ke semasa.

Rabu

Pasaran Pekasam

Pelbagai produk pekasam samada pekasam dari ikan air tawar seperti sepat puyu lampam loma teroboi dan pelbagai lagi atau pekasam dari ikan air masin seperti gelama kembung selar terisi sadin serta pelbagai lagi. Annissa Global sebagai pengeluar atau pengusaha perusahaan pekasam juga membuat pelbagai pekasam daging seperti pekasam daging lembu, kambing, rusa, biri-biri, landak. ayam, arnab dan pelbagai lagi daging mengikut pesanan serta stok bahan mentah semasa. Bagi tujuan pengembangan perniagaan pekasam Annissa, kursus penghasilan ikan dan daging pekasam di anjurkan samada bersama mana-mana pihak, agensi, pertubuhan atau secara langsung pada individu bertujuan jadikan pengusaha atau pengeluar pekasam.
Pemborong dan pengedar di alu-alukan untuk pasarkan pelbagai produk pekasam Annissa di seluruh Malaysia dan turut pasarkan pekasam ke luar negara. Untuk info klik www.zuhudniaga.com atau 1annissa.blogspot.com dan add page FB Pekasam Annissa atau page FB Selera Ekspres
Hubungi, untuk pesanan produk pekasam ~ whatsapp 0125315488 atau untuk kursus penghasilan ikan dan daging pekasam CALL direct 0133204100 / 0132552000


~ viralkan, share & sebarkan ~ semoga beroleh menafaat, Insyaa Allah

Selasa

Pasaran

Annissa Global adalah syarikat yang berdaftar sebagai pengeluar pekasam atau memproses, menghasilkan pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin, daging seperti puyuh ayam rusa kambing lembu di jadikan pekasam. Pengeluaran pekasam secara komersial secara kontrak pengilangan / pembuatan ~ OEM, pasarkan pekasam pada harga borong di seluruh Malaysia. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dan sejak 2009 telah pasarkan pekasam secara komersial di seluruh Malaysia serta ke luar negara.

Antara ikan air tawar yang di jadikan pekasam adalah loma ikan putih lampam sepat puyu teroboi talapia hitam atau merah tengalang patin jelawat kaloi sebarau pucuk pisang haruan keli dan pelbagai lagi ikan air tawar yang lain. Begitu juga dengan ikan air masin yang di jadikan pekasam antaranya gelama kembung sadin tenggiri siakap jenahat kerapu seludu duri selangat dan pelbagai lagi ikan air masin yang di jadikan pekasam. Pekasam daging antaranya puyuh ayam kambing rusa lembu mengikut permintaan pasaran serta tertakluk pada stok bahan mentah. Ada juga permintaan pekasam yang agak esotik seperti pekasam telor sotong ikan salmon dan pelbagai lagi yang di jadikan pekasam.

Untuk tujuan pengembangan perniagaan di seluruh Malaysia, Annissa Global juga menganjurkan kursus penghasilan ikan dan daging pekasam secara Hand-on / praktikal samada di anjurkan oleh pihak agensi kerajaan atau swasta dan atas permintaan pengusaha atau bakal pengusaha. Bagi tujuan mengujudkan networking / jaringan perniagaan lebih serius, Annissa Global mengalu-alukan pemborong-pemborong, pengedar-pengedar dan semua pihak untuk jadi rakan niaga pasarkan pekasam samada dalam negara di seluruh Malaysia atau bagi tujuan eksport ke luar negara.
Hubungi CALL 0133204100 / 0132552000 atau whatsapp 0125315488 dan untuk info klik 1annissa.blogspot.my / www.zuhudniaga.com

Isnin

Kursus buat Pekasam

Kursus penghasilan ikan dan daging pekasam anjuran bersama Annissa Global dan Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya, Selangor. Di adakan pada 29-30 Oktober 2018 dimana pada hari pertama sessi talk dan hari kedua kursus di buat secara hand-on atau praktikal. Cara pembersihan ikan dan daging, seterusnya proses pemeraman dan kaedah pembungkusan.

Juga pelbagai info mengenai perniagaan produk pekasam dalam perkongsian pengalaman dengan para peserta kursus. Para pengusaha atau bakal-bakal peniaga yang ingin ceburi dalam perniagaan pembuatan pekasam boleh turut serta. Dan untuk kursus hand-on secara langsung di tempat pengusaha / peniaga, boleh hubungi 0133204100.

Rabu

Pekasam Annissa

Pekasam Annissa yang kini boleh di pesan melalui whatsapp 012 531 5488 samada untuk kegunaan sendiri atau bagi tujuan berniaga. Bagi kegunaan sendiri, anda boleh buat pesanan mengikut keperluan dan bagi tujuan berniaga atau memasarkan pekasam keluaran Annissa. Tiada had pesanan samada satu pack 130 gram atau 10 kilogram atau 100 kilogram atau mengikut seberapa banyak pekasam yang di perlukan.
Pesanan adalah mengikut stok pekasam semasa serta jenis pekasam ikan atau pekasam daging yang ada ketika pesanan dibuat. Namun, setiap pesanan mengambil masa antara 7-14 hari tempoh penghantarannya iaitu setelah pesanan disahkan serta bayaran dibuat atau bayaran telah dibank-in. Penghantaran pesanan pekasam hanya diuruskan atau diuruskan penghantarannya setelah pembayaran dibuat/dibank-in.
Pekasam Annissa diproses dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar seperti Sepat Puyu Lampam Loma Teroboi Talapia dan pelbagai lagi. Pekasam ikan air masin seperti Gelama Kembung Sadin dan pelbagai yang lain. Pekasam Daging pula ialah Pekasam Daging Lembu dan Pekasam Daging Rusa.
Untuk buat pesanan Pekasam Annissa, Call/Whatsapp 012 531 5488 dan dapatkan pelbagai info mengenai Pekasam Annissa di blog 1annissa.blogspot.my 

Khamis

Pekasam

Pekasam Annissa Global di hasilkan dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta pekasam daging rusa dan lembu. Antara pekasam ikan air tawar ialah sepat puyu teroboi lampam ikan putih/loma sebarau dan pelbagai ikan tawar. Antara pekasam ikan air masin ialah gelama kembung sadin dan pelbagai ikan air masin.
Pekasam Annissa Global juga di pack dalam 3 kauntiti berat, 130 gram, 150 gram atau 200 gram dan mengikut permintaan pesanan pelanggan. Ada yang ingin tahu berapa ekor ikan pekasam dalam satu pack, jika ikan yang bersaiz kecil samada 1 atau 3 ekor dalam satu pack tetapi jika ikan yang agak besar samada 1 atau separuh yang di potong mengikut berat untuk dipack. Saiz ikan adalah berbeza mengikut jenis ikan dan kauntiti berat semasa di pack. Jika di pack dengan kauntiti 200 gram, 1 kilogram pekasam dipack 5 pack, jika di pack 150 gram, 1050 gram/kilogram di pack 7 pack dan jika 1040 gram/kilogram di pack 8 pack. 
Harga adalah mengikut berat setiap pack, jenis ikan dan kos penghantaran. Pelanggan boleh membuat pesanan mengikut berat yang diperlukan samada 130 gram, 150 gram dan 200 gram. Bagi pemborong atau peniaga, boleh membuat pesanan samada yang telah di pack 130 gram, 150 gram, 200 gram atau setengah kilo atau dalam pack 1 kilo. Pack yang dipasarkan oleh Annissa Global untuk peniaga dalam bungkusan tanpa stiker dan peniaga berkenaan boleh gunakan stiker sendiri. Harga borong pekasam Annissa Global adalah mengikut kos bahan mentah semasa namun bagi tujuan perniagaan ianya boleh dirundingkan lagi.  Harga adalah sebagaimana yang dinyatakan pada Senarai Harga.   

Penghantaran

Penghantaran pesanan Pekasam Annissa di uruskan melalui KTMD - KTM Distribution Sdn Bhd samada pelanggan ambil di stesyen Keretapi Tanah Melayu - KTM yang berhampiran atau penghantaran di lakukan 'door to door'. Perbezaan kos perkhidmatan agak berbeza jika pelanggan ambil di stesyen KTM berhampiran dengan penghantaran terus dibuat ke alamat pelanggan(door to door). 
Kos penghantaran adalah mengikut kadar kauntiti berat pesanan, kauntiti berat tidak kurang 1 kilogram dan tiada had kauntiti berat untuk penghantaran menggunakan KTMD. Masa penghantaran pesanan adalah mengikut jadual perjalanan serta tertakluk pada KTMD. Supaya tidak keliru, stesyen KTM bukannya stesyen komuter dan hanya stesyen KTM yang tertentu tempat untuk mengambil pesanan. Namun KTMD buat penghantaran keseluruh Semenanjung Malaysia. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan samada menggunakan KTMD atau Poslaju dan tempoh penerimaan pesanan adalah tertakluk pada tempoh masa pengurusan pihak berkenaan. 

Jumaat

Hidang

Hidangkan pekasam dalam sajian makanan keluarga anda pastinya menyelerakan malah agak mudah menyediakan pekasam untuk di nikmati.
Pekasam Annissa mudah di hidangkan dengan hanya mengoreng dalam beberapa minit saja dan di hidangkan semasa panas. Pastinya hidangan makanan keluarga anda lebih menyelerakan dengan pekasam Annissa. Pekasam Annisa juga boleh di masak dengan membakar, balutkan pekasam dengan daun pisang seterusnya di panaskan dalam suhu yang sesuai atau di masukkan dalam mikrowave atau di panggang dengan pemangan. Aroma pekasam lebih menyelerakan dengan dibalut daun pisang dan di panaskan samada dengan kauli, mikrowave atau mengunakan pemanggan.
Bagi memesan pekasam Annissa, hubungi 0125315488 serta ikuti pelbagai keterangan di blog 1annissa.blogspot.my

Pasaran

Pasaran pekasam Annissa dibuat dengan pembungkusan mengikut kauntiti berat dalam beberapa saiz beratnya, samada 130 gram, 150 gram atau 200 gram dan mengikut permintaan pesanan yang diperlukan. 
Pembungkusan pekasam Annissa yang dilakukan dengan plastik yang ketebalan tertentu bagi memastikan kualiti lebih baik. Pembungkusan bagi pengedaran oleh pemborong, pengedar serta peruncit adalah dengan menggunakan labelnya sendiri dan Pekasam Annissa bekalkan pekasam dengan pembungkusan tanpa label. Pasaran pekasam yang dibuat oleh pemborong, pengedar dan peruncit adalah menggunakan labelnya sendiri bagi jaminan pasaran pekasam yang dibuatnya berterusan.
Bagi tujuan jadi pemborong, pengedar dan peruncit pekasam Annissa, hubungi 0125315488 dan ikuti pelbagai paparan kenyataan di blog 1annissa.blogspot.my

Jenis

Jenis pekasam Annissa adalah pelbagai, samada pekasam ikan air tawar seperti talapia loma lampam puyu sepat teroboi serta pelbagai ikan air tawar
Pekasam ikan air tawar adalah secara normal atau kebiasaannya di buat sejak sekian lama, secara tradisionalnya pekasam adalah proses dengan ikan air tawar atau ikan sungai
Pekasam Annissa melalui penyelidikan yang dilakukan bersama Universiti serta pusat penyelidikan teknologi makanan telah berjaya menghasilkan pekasam dengan menggunakan ikan air masin. Antara pekasam ikan air masin adalah kembung sadin gelama belanak kedera dan pelbagai ikan air masin yang di proses di jadikan pekasam oleh Annissa. 
Pekasam Anissa mengeluarkan dengan beras goreng walaupun terdapat pekasam yang di proses dengan menggunakan nasi bagi memasamkan pekasam. Pekasam Annissa yang di proses dengan menggunakan beras goreng lebih menarik, lebih sedap dan begitu menyelerakan sebab pemprosesan pekasam Annissa mengunakan asam gelugor bagi memasamkan ikan yang di jadikan pekasam 
Dengan pelbagai jenis pekasam Annissa, pengguna samada pemborong, pengedar, peruncit atau pengguna mempunyai banyak pilihan untuk menjual atau memakan pekasam. Pekasam Annissa adalah satu-satu pengeluar pekasam yang memproses pelbagai jenis pekasam samada ikan air tawar atau ikan air masin dan pekasam daging.
Untuk mendapatkan pekasam Annissa hubungi 0125315488 serta ikuti pelbagai keterangan di blog 1annissa.blogspot.my

Pekasam

Pekasam Annissa menarik perhatian pihak media untuk mengisi slot penyiaran di TV dan di siarkan bagi tujuan tontonan umum. Walaupun banyak pengusaha pekasam seluruh Malaysia namun perusahaan pekasam dari Annissa di pilih, ini secara langsung mempopularkan pekasam Annissa seluruh Malaysia 
Pekasam Annissa yang di proses melalui penyelidikan bersama dengan beberapa agensi pendidikan dan pihak pembangunan yang bertanggungjawab dalam industri makanan. Walaupun pekasam merupakan makanan tradisional yang di usahakan secara kecil kecilan namun kini dengan pendekatan teknologi bioteknologi, pekasam di hasilkan secara komersial.
Penghasilan pekasam Annissa dilakukan beberapa peringkat dari ikan segar yang di bersihkan melalui beberapa tahap bagi memastikan pekasam Annissa lebih berkualiti. Pekasam Annissa yang diproses secara komersial namun terus mengekalkan citarasa esotik tradisional. Pekasam Annissa di usahakan dengan pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin dan pekasam daging juga antara yang di buat antaranya pekasam daging lembu dan pekasam rusa.
Untuk mendapatkan pekasam Annissa, hubungi 0125315488 dan ikuti pelbagai kenyataan pada blog 1annissa.blogspot.my 

Rabu

Selera

Selera pasti 'menyengat' dengan Pekasam Annissa, sesuai sebagai hidangan penambah selera. Pekasam Annissa yang di hasilkan dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin. Tiada halangan lagi bagi sesiapa saja boleh nikmati hidangan pekasam yang menyelerakan pastinya keluaran dari Pekasam Annissa. Satu-satunya pekasam yang di keluarkan secara komersial yang sebelum ini telah lalui pelbagai proses penghasilan melalui penyelidikan dengan beberapa insitiusi pendidikan dan penyelidikan khususnya yang berkaitan pemprosesan makanan terutamanya penghasilan pekasam. 
Pekasam Annissa dengan rasa masam yang mengekalkan nutrisi iaitu bahan-bahan utama bagi makanan terproses melalui proses pembuatan secara moden dengan mengekalkan citarasa esotik tradisionalnya. Pekasam Annissa juga turut mengeluarkan pekasam daging seperti danging lembu dan daging rusa. Samada anda sebagai pengguna atau pengedar dan pemborong, hubungi samada melalui call atau whatsapp 0125315488 / 0133204100 

Khamis

Annissa Global pengeluar utama pekasam dan ikan kering, kini melangkah ke penerbitan drama TV khususnya slotsSeramedi TV3 penerbitan J S Pictures Sdn Bhd - Misteri Wan Peah dengan menaja Ikan Kering keluaran Annissa Global. 90 % sceen yang memaparkan ikan kering adalah produk Annissa Global. Antara yang jadi 'duta' ikan kering Annissa Global ialah Sasqia Dahuri, Sherry Alhadad, Sweet Qismina, Zee Zainal Faiz Tapaw dan beberapa pelakon yang lain bagi Misteri Wan Peah. "Duta" tu bukanlah sign contract bebagai, tapi sebab diaorg pelakun, ikut pengarah lah dalam skrip ada suruh pegang ikan kering, kena pegang jer laaa dan ikan kering tu yang Annissa Global, jadi nyer pelakun2 tu secara langsung jadi "duta".
SlotSeramedi TV3 bagi Misteri Wan Peah adalah sebanyak 20 siri yang boleh di tonton melalui www.layanon9.pw atau web tonton. Kesempatan diberikan pada Annisa Global bagi menaja ikan kering oleh J S Pictures Sdn Bhd amat dihargai dan pada prop master 'Apit' yang begitu kreatif.
Ikan kering serta pelbagai produk pekasam keluaran Annissa Global kini mendapat pasaran amat menggalakkan, di Lembah Klang pekasam Annissa kini boleh di dapati di pasaraya NSK. Bagi pemborong, peruncit serta yang ingin turut berniaga dengan memasarkan atau menjual pelbagai produk ikan kering dan pekasam Annissa Global, boleh hubungi 0133204100 atau 0125315488. Pelbagai ikan samada bagi ikan kering atau pekasam, kini pekasam daging lembu serta daging rusa begitu laris di pasaran. Pesanan direct boleh dibuat melalui whatsapp 0125315488 dan kiriman diuruskan melalui poslaju atau melalui Penghantaran KTMB terus ke rumah anda. 

Sabtu

Pekasam RUSA

Pekasam RUSA begitu popular dengan permintaan yang agak tinggi di seluruh Malaysia. Namun stok pekasam RUSA begitu terhad kerana bahan mentah iaitu daging RUSA kurang dan sukar di perolehi. Annissa Global pengeluar pekasam RUSA telah berurusan dengan penternak RUSA serta pengimpot RUSA bagi memastikan pekasam RUSA sentiasa ada. 
Bagi memastikan anda dapat pekasam RUSA, buat pesanan lebih awal dan urusan penghantarannya dilakukan sebaik mungkin. Walaupun pekasam RUSA begitu 'eklusif' serta makanan agak 'mewah'. Bagi memastikan semua orang mampu menikmati pekasam RUSA, Annissa Global memasarkannya dalam kauntiti tertentu dengan harga yang mampu bagi semua orang. Kini, tiada apa-apa halangan untuk anda menikmati pekasam RUSA bagi memenuhi citarasa esotik yang menyelerakan. 

Selasa

Pesanan

Pekasam AnnissA yang boleh di buat pesanan melalui whatsapp 0125315488, tiada had samada sikit atau banyak harga sebagaimana yang di paparkan, cuma pelanggan perlu menambah kos pos. Elak buat pesanan lewat petang khamis dan di hari jumaat kerana mungkin lewat anda terima pesanan. Sebaiknya buat pesanan pada isnin selasa rabu kerana penerimaan pada ke esokkan harinya bagi seluruh semenanjung.
walau apa pun, rancang untuk buat pesanan sebab akan ambil masa untuk pembungkusan serta penghantarannya. Urusan pos adalah tertakluk pada terma serta syarat yang di tetapkan serta diluar kawalan pihak AnnissA Global. Penghantaran ke luar negara pula diuruskan melalui penerbangan syarikat penghantaran tertentu yang sesuai dengan distinasi.
Jika anda berminat untuk jadi agen pengedar produk pekasam AnnissA seluruh Malaysia, hubungi 0125315488  

Esotik

Esotik, pekasam perusahan di tepi serambi belakang rumah di usahakan secara kecil-kecilan sebagai iks bukan bermaksud industri kecil sederhana tetapi industri kecil sangat-sangat. Kini dengan kesungguhan kerajaan dengan pelbagai agensi khususnya kementerian pertanian dan industri asas tani berjaya tranformasikan perusahaan desa khususnya pekasam.
Puan Noraini Nordin, Pengarah Penerbit/Editor Agro Malaysia telah hubungi sejak 11.43.03 am 25/12/2015 dan pada 10.55.17 pm 03/10/2016 sekali lagi hubungi bagi tujuan penerbitan artikel mengenai perusahan pekasam. Sumbangan penerbitan Majalah Agro Malaysia bagi mempromosi produk atau perkhidmatan khususnya berkaitan pertanian amat membantu usahawan. Dan kini penerbitan majalah Agro Malaysia mudah di akses melalui internet secara langsung penyebaran maklumat lebih meluas. Infomasi yang berfaedah selain sebagai 'tool' atau alat promosi perniagaan khusus usahawan yang berasaskan pertanian.
Pekasam bukan hanya mengenai produk makanan, perusahaan, industri dan perniagaan tetapi lebih luas atau di'luar kotak' pemikiran. Seumpama kisah 3 orang buta melihat gajah, 1 pegang kaki, padanya gajah seperti pokok, 1 lagi pegang telingga, padanya gajah macam talam besar, 1 yang akhir pegang badan, padanya gajah macam bukit. Melihat pekasam secara holistik ianya sumber kekayaan samada kewangan atau yang lebih penting untuk kesihatan pengguna. Khasiat samada pekasam ikan atau daging dengan pemprosesannya melalui penapaian atau di sebut sebagai bioteknologi, tanpa pengawit tanpa kimia yang diproses secara semulajadi. Memberikan menafaat pada pengguna khususnya untuk kesihatan.
Kejayaan industri pekasam ianya kurang di ketengahkan begitu juga apa-apa pun industri perniagaan yang lain. Perusahaan atau perniagaan yang dipelupori oleh orang melayu kebiasaannya akan terkubur bersama pengusahanya dan agak jarang, kurang atau langsung tidak di warisi oleh anak-anak saudaramara serta jauh sekali untuk di menafaatkan secara umum. Dengan pendekatan strategik 'walfiduniahasanah walfilakhirahhasanah', AnnissA Global ingin mengembangkan sedikit pengetahuan kurniaan Illahi mengenai perusahaan pekasam, Bimbingan secara 'hand-on' buat pekasam secara langsung, pembangunan perniagaan dan yang berkaitan dengannya.
Ilmu bermenafaat yang sebelum ini diperolehi dari pelbagai pihak seperti Mara, Felcra, UPM, Mardi, Sirim, Perikanan, Maktab Koperasi Malaysia, UUM, UKM dan pelbagai pihak yang lain wajar di kembangkan khususnya sesama saudara muslim.
Susah tekanan hidup dengan keadaan ekonomi semasa bukan penghalang sesiapa pun mampu berusaha jika ada pengetahuan serta istiqamah. Maksud Ar Ra'd ayat 11, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri". Ayat ini sering diungkapkan setiap kali sambutan Maal Hijrah, jadikanlah sebagai pendorong untuk berubah atau bertambah baik demi diri keluarga serta ummah.    

Kekayaan

Pekasam bukan hanya tentang makanan tetapi ianya juga mengenai kekayaan, dengan usaha berterusan dan kini seorang usahawan dari Kuala Besut Terengganu telah berjaya sebagai pengeluar pekasam. Ini merupakan usaha pihak Universiti Malaysia Terengganu dan Annissa Global meng'tranformasi'kan agenda untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang bersesuaian dengan potensi setempat.
Bagi mempopularkan pekasam sebagai makanan setaraf makanan segera dipasaran, AnnissA Global kini menyediakan program 'hand-on' membimbing bakal usahawan dan usahawan-usahawan sediada dalam industri pembuatan pekasam. Program dibuat di tempat usahawan berkenaan berada atau di tempat usahawan itu beroperasi. Kini, bukan lagi halangan malah ruang dan peluang untuk meraih kekayaan dalam industri pekasam. 
Mana-mana individu, pihak atau agensi boleh menghubungi AnnissA Global berhubung program 'hand-on' membuat pekasam. Pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta daging lembu ayam rusa kambing boleh di komersialkan dijadikan pekasam. Hubungi 0133204100 0132552000 0125315488 samada untuk jadi pengedar agen penjual pekasam atau untuk sertai program 'hand-on' membuat pekasam.

Jumaat

Menyegat selera

Menyengat selera, pekasam Annissa kini popular hingga ke luar negara khususnya di kalangan warga Malaysia di luar negara. Di dalam negara, Pekasam Annissa di pasarkan atau di edarkan dengan pelbagai jenama oleh pengedar-pengedar seluruh Malaysia. Penjual atau pemborong yang menjual pekasam Annissa di pasaran dengan label atau packingnya sendiri. Annissa Global sebagai pengeluar pekasam, menggalakkan pengedar mengunakan jenama atau label sendiri supaya pelanggan terus membuat pembelian pada pengedar berkenaan.

Proses Pekasam

Pekasam Annissa di usahakan secara kormersial. oleh itu kualiti di utamakan serta kebersihan penyediaannya. Annissa Global iaitu pengeluar pekasam Annissa juga menyediakan program bimbingan usahawan atau latihan pada bakal pengusaha pekasam, ini adalah bagi mengujudkan rangkaian perusahaan pekasam untuk terus berkembang sebagai satu industri makanan utama negara. Bagi mana-mana pihak samada agensi atau individu yang ingin bersama-sama Annissa Global mengkormersialkan pekasam, hubungi 0133204100.   

Khamis

Media

Pekasam Annissa - Makanan Tradisional ke pasaran Internasional, kejayaan menerjah produk pekasam Annissa ke luar negara. Liputan media secara langsung melonjakkan Pekasam Annissa kini lebih di kenali. Sebagai pencetus ideal dengan inovasi dimana Pekasam hanyalah makanan tempatan yang di hasilkan secara kecil-kecilan, kini menjadi industri dan mampu bersaing dengan produk makanan popular yang lain.

Ikan Kering

Pelbagai Ikan kering yang di edarkan oleh Annissa Global samada ikan air tawar atau ikan air masin. Bagi membuat pesanan, Call/Whatsapp ke 012 531 5488 samada pesanan dalam kauntiti yang sikit atau dalam kauntiti yang banyak. Pembayaran adalah melalui akuan bank, hanya setelah bayaran dibuat, pesanan akan diuruskan penghantarannya mengikut tempoh tertentu yang di tetapkan pihak pengendali penghantaran samada keratapi, bas, pos atau yang bersesuaian.
 
 
 
 

Isnin

Pengedaran

Pengedaran pekasam Annissa seluruh Malaysia yang kini begitu laris, dengan pesanan melalui whatsapp dan penggunaan courier services / poslaju, begitu mudah anda membuat pesanan serta penerimaan pekasam. Namun kos penghantaran/kos pos sedikit di tambah dari nilaian kos pesanan, kos penghantaran adalah mengikut jenis perkhidmatan samada biasa atau cepat. 
Pesanan hanya akan di uruskan setelah bayaran di sahkan telah dibuat melalui bank, samada pesanan dengan kauntiti yang banyak atau sikit, dan jika memerlukan keterangan lebih lanjut, CALL / Whatsapp 012 531 5488 

Selasa

Pekasam

Pekasam - Annissa keluaran Selera Ekspres yang di pasarkan oleh Felcra Bekalan & Perkhidmatan Bhd yang boleh di dapati di Outlet Hemat di Wisma FELCRA Lot PT 4780 Jalan Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur atau melalui telefon 03 - 4142 3094 serta di semua outlet Hemat di seluruh Malaysia.

KUD 2015

KUD 2015 - Karnival Usahawan Desa 2015 yang di adakan di Persint 3 Putrajaya dari 2 - 6/9/2015, Pekasam keluaran Selera Ekspres di pasarkan dengan jenama WADIRA. Dapatkanlah Pekasam Annissa yang di packkan dalam kotak yang menarik oleh Felcra Bekalan & Perkhidmatan Bhd - Hemat.

Isnin

Lebel

Lebel - Berikutan perkembangan semasa pasaran produk pekasam yang begitu mengalakkan, Annissa Global sebagai pengeluar utama pekasam, kini mengeluarkan label yang standard pada semua produk keluaran Annissa Global. Bagi semua pengedar-pengedar dan pemborong-pemborong di seluruh Malaysia masih boleh mengekalkan lebel atas jenama atau syarikat sendiri dan jika ingin menggunakan label yang di selaraskan sebagaimana label diatas adalah juga di galakkan.
Bagi semua produk pekasam Annissa Global yang di pack, kini di pasarkan mengikut harga satu pack dan bukan lagi mengikut berat atau gram. Namun, anggaran berat bagi pack kecil antara 100 - 130 gram, 140 - 150 gram dan 170 - 200 gram. Dimana bagi harga borong, kauntiti adalah di tentukan mengikut jumlah bilangan pack dan bukan kilogram. Bagi tujuan tempahan / pesanan, hubungi 012 531 54 88 - Annissa Global

Sabtu

Daging

Daging - Daging lembu yang dijadikan pekasam kini begitu popular dan kini antara produk pekasam keluaran Annissa Global adalah pekasam daging. Bagi memenuhi permintaan pengemar pekasam terutamanya pekasam daging, daging lembu yang diproses melalui pemeraman / fermented bagi menjadikan pekasam begitu berkualiti.
Pekasam daging yang kini dikomersialkan bagi mempelbagaikan produk pekasam jika sebelum ini hanya pekasam ikan saja. Sebagaimana biasa, pekasam dengan rasa masam dan pekasam daging ini dengan rasa masam malah jika di simpan lebih lama rasanya lebih masam. Tempoh penyimpanan antara 6 bulan - 2 tahun mengikut cara serta suhu dan boleh dihidangkan mengikut citarasa tersendiri samada di goreng, di bakar atau apa-apa cara yang disukai. 

Ayam

Ayam - Kepelbagaian citarasa pilihan produk pekasam keluaran Annissa Global, kini menampilkan pekasam ayam yang menepati selera pengemar pekasam. Pekasam Ayam yang mula dikomesialkan bagi memenuhi permintaan pasaran serta pengguna. Jika sebelum ini hanya pekasam ikan namun kini pekasam ayam yang dapat menjadi menu hidangan yang menambat selera samada yang gemar pekasam atau yang belum lagi merasai keenakkan pekasam.
Ayam yang dijadikan pekasam dimana daging ayam segar yang melalui proses pemeraman / fermented yang memasamkan rasanya. Malah, semakin lama disimpan rasa pekasam ayam ini lebih masam. Penyimpanan yang sempurna sekiranya pada suhu bilik boleh di gunakan sehingga 6 bulan, jika disimpan dalam peti sejuk boleh digunakan sehingga 1 - 2 tahun. Pekasam ayam boleh di sediakan samada di grill, roast, bakar, goreng atau apa-apa cara yang disukai.

Rusa

Rusa - Kini bagi pengemar pekasam atau yang belum pernah nikmati menu esotik pekasam, boleh rasai pekasam rusa yang julung-julung kalinya dipasarkan. Walaupun bagi sesetengah tempat agak sukar mendapatkan daging rusa, kini setelah dijadikan pekasam yang memudahkan pembeli mendapatkan pekasam daging rusa. Untuk memasarkan keseluruh Malaysia mungkin agak sukar namun untuk mendapatkan pekasam rusa agak mudah dengan kiriman pos yang boleh sampai ke pintu rumah anda.
Bagi tujuan komersial, Annissa Global mengujudkan pemborong / pengedar / peruncit yang dapat memudahkan pengguna mendapatkan pekasam rusa. Juga kolaborasi / collaboration dengan pelbagai pihak samada outlet, kedai dan khususnya restoran atau kedai makan untuk menjadikan pekasam rusa dalam menu makanan. Memandangkan Annissa Global kini sedang mengkomersialkan pekasam rusa, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan produk boleh terus hubungi dan harga borong boleh dibincangkan dengan kauntiti tertentu.

Daging

Daging - Kini Annissa Global telah keluarkan 3 lagi produk pekasam berasaskan daging, iaitu rusa, lembu dan ayam.  
 Pekasam Rusa - 200 gram RM 18.00

 Pekasam Daging Lembu - 200 gram RM 10.00

Pekasam Ayam - 200 gram RM 8.00

Jumaat

Jenis

Pekasam Annissa terdapat dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar dan ikan air masin.
Ikan Talapia, Teroboi, Lampam, Loma ( ikan putih ), Sepat dan Puyu adalah dari jenis ikan air tawar. Manakala ikan Kembung, Gelama dan Belanak adalah dari jenis ikan air masin.
Atas permintaan dan stok pada satu-satu masa terdapat juga jenis-jenis ikan yang lain dari yang dinyatakan diatas juga dibuat pekasam. Ikan air masin seperti sadin, biji nangka, kerisi, jenahak, kerapu, siakap, duri, seludu, sembilang, kedera, selar kuning, alu-alu, terubuk, cencaru, talang, kurau, selayang, bawal, tamban, tenggiri  dan pelbagai lagi. Ikan air tawar pula seperti patin, haruan, keli, kaloi, tapah, kelabau, talapia merah, jelawat, temoleh, toman, baung, belida, tengas dan pelbagai lagi. Terdapat juga permintaan atau stok pekasam dari ikan yang agak mahal harganya seperti salamon, tuna, sebarau, kelisa/arwana, kelah, ketutu dan sebagainya.

Pekasam Talapia - ikan air tawar

 Pekasam Sepat - ikan air tawar
  
Pekasam Kembung - ikan air masin

 Pekasam Gelama - ikan air masin

Pekasam Loma / ikan puteh - ikan air tawar

Sabtu

Baru

Baru - Pekasam Annissa, bagi menampakkan lebih menarik satu perubahan baru dibuat dan ini nanti menyerlahkkan lagi penampilan blog pekasam 1AnnissA. Walaupun yang dimaksudkan baru bagi pekasam Annissa ialah pekasam yang baru di pack dan masih belum sedia digunakan. Pekasam Annissa yang dipack tanpa menggunakan mesen kedap udara, dimana proses pemeraman terus berlaku walaupun dalam pack. Dalam tempoh 7 - 10 hari setelah di pack, pekasam Annissa akan mengeluarkan air dan setelah ada air dalam pack, pekasam Annissa baru sedia untuk digunakan,
Lebih lama disimpan, lebih sedap digunakan dan pekasam Annissa boleh disimpan antara 6 - 12 bulan dalam pack tanpa perlu di masukkan ke dalam peti sejuk. Namun pekasam Annissa tidak boleh didedahkan pada cahaya matahari yang boleh merosakannya. Penyimpanan dalam suhu bilik biasa dan tidak diletakkan dalam tempat yang panas seperti dalam both kereta. Pekasam Annissa hanya boleh dipanaskan semasa dimasak saja dan penyimpanan tidak boleh di dedahkan pada suhu yang panas, ini adalah kerana pekasam Annissa terus berlaku pemeraman walaupun dalam pack. 

Jumaat

Cantik

Cantik - Pekasam Annissa, penampilan yang cantik dan menarik dengan packing dalam kotak. Satu perkembangan begitu membanggakan, jika sebelum ini pekasam di tampilkan dalam keadaan kurang dan tidak menarik dan kini pekasam Annissa di tampilkan begitu menarik. Satu-satunya produk pekasam yang kini berada dalam pasaran dengan penampilan yang amat menarik. Dengan penampilan yang menarik, pekasam Annissa ini di jadikan souveniers atau cenderahati, di masukkan dalam bag buddies di majlis-majlis resmi. 
Cantik packaging nya, sedap isi kandungannya dan menarik dipandang mata serta jadi kebanggaan yang memilikinya. Pekasam Annissa kini jadi pioneer atau perintis pada tranformai perusahaan pekasam masa kini.  

Jual

Jual - Pekasam Annissa, bagi menjadi rakan niaga produk pekasam Annissa dengan menjual pekasam dan boleh dibuat samada dengan kauntiti yang banyak atau sikit. Anda kini boleh jadi sebahagian daripada rangkaian pengedaran atau penjual pekasam Annissa. 
Jika anda bercadang untuk jadi pengedar, dengan hanya bermula dengan modal RM 3 ribu atau 1 ribu pack dan anda menguasai pengedaran di kawasan anda. Sebagai pengedar, jika terdapat peruncit di kawasan yang berdekatan dengan anda, peruncit berkenaan akan di arah untuk berurusan terus dengan anda dan anda mempunyai rangkaian pengedaran di kawasan berkenaan. 
Bagi peruncit dengan hanya bermodal antara RM 100 - RM 150, kini boleh mula jadi penjual pekasam Annissa. Jika dengan kauntiti yang sikit, mungkin kos penghantaran yang perlu ditanggung oleh anda. Jika penghantaran di kawasan Kuala Lumpur, ianya boleh dibuat pada masa-masa tertentu dan tanpa kos penghantaran. 
Tempahan untuk mendapatkan stok pekasam perlu dibuat bayaran terlebih dulu samada sebagai pemborong, pengedar dan peruncit. Kini, tiada halangan untuk anda jadi sebahagian dari rakan niaga produk pekasam Annissa. Jadilah penjual pekasam keluaran Annissa dan anda sebenarnya menjadi rakan niaga yang berkongsi keuntongan perniagaan Annissa Global secara langsung dengan jualan yang anda sendiri lakukan..