Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Khamis

Pekasam Annissa - Pembangunan peserta Felcra

Pekasam Annissa - Pembangunan peserta Felcra, dengan komitmen yang serius pengurusan Felcra Berhad yang melaksanakan tanggungjawab bagi membangunkan peserta-peserta bagi meningkatkan pendapatan peserta khususnya menggalakkan peserta dalam bidang perniagaan atau keusahawanan. Pelbagai langkah yang proaktif dilakukan dalam usaha membangunan peserta, antaranya melalui program latihan, membawa peserta dalam ekspo atau karnival keusahawanan bagi mempromosikan produk yang di usahakan oleh peserta.
Usaha yang berterusan Felcra Bhd khususnya bahagian pembangunan peserta secara langsung berjaya mencapai matlamat murni bagi membangunkan peniaga atau usahawan dikalangan peserta.
Annissa Global Sdn Bhd adalah antara usahawan yang dibimbing oleh Felcra Bhd, agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW), Felcra Bhd terus melaksanakan serta berperanan yang serius dalam memastikan pembangunan peserta disamping tumpuan utama memajukan tanah peserta-peserta.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.