Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Khamis

Pekasam Annissa - pembungkusan menarik

Pekasam Annissa - pembungkusan menarik, dengan rekabentuk oleh Sirim usahasama dengan Bahagian Pembangunan Peserta/Usahawan Felcra Bhd, pekasam Annissa di edarkan dengan jenama WADIRA - Wanita Dinamis Felcra. 
Annissa Global Sdn Bhd adalah usahawan desa bimbingan Felcra Bhd, dengan usaha serius pengurusan Felcra Bhd dalam membangunkan pengusaha atau usahawan dari kalangan peserta-peserta Felcra, ini adalah bertujuan supaya peserta tidak hanya bergantung pada hasil ladang yang pendapatannya mungkin tidak lagi dapat menampung kos sara hidup berikutan perkembangan anggota keluarga peserta. Annissa Global Sdn Bhd antara usahawan yang mendapat pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh Felcra Bhd. Produk pekasam Annissa kini dipasarkan oleh Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Bhd (FBP) di outlet HEMAT di ibu pejabat Felcra Bhd di jalan rajang, Kuala Lumpur.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.