Rangkaian pengedaran Pekasam AnnissA oleh Felcra Bekalan dan Perkhidmatan dengan jenama HeMAT >> 09 666 9710 Terengganu, 013 603 3520 Pahang, 06 3122334 Melaka, 07 882 8653 Johor, 05 371 1722 / 05 621 7659 Perak, 03 4142 3094 Kuala Lumpur FBP – HeMAT Outlet

Jumaat

Menyegat selera

Menyengat selera, pekasam Annissa kini popular hingga ke luar negara khususnya di kalangan warga Malaysia di luar negara. Di dalam negara, Pekasam Annissa di pasarkan atau di edarkan dengan pelbagai jenama oleh pengedar-pengedar seluruh Malaysia. Penjual atau pemborong yang menjual pekasam Annissa di pasaran dengan label atau packingnya sendiri. Annissa Global sebagai pengeluar pekasam, menggalakkan pengedar mengunakan jenama atau label sendiri supaya pelanggan terus membuat pembelian pada pengedar berkenaan.

Proses Pekasam

Pekasam Annissa di usahakan secara kormersial. oleh itu kualiti di utamakan serta kebersihan penyediaannya. Annissa Global iaitu pengeluar pekasam Annissa juga menyediakan program bimbingan usahawan atau latihan pada bakal pengusaha pekasam, ini adalah bagi mengujudkan rangkaian perusahaan pekasam untuk terus berkembang sebagai satu industri makanan utama negara. Bagi mana-mana pihak samada agensi atau individu yang ingin bersama-sama Annissa Global mengkormersialkan pekasam, hubungi 0133204100.   

Khamis

Media

Pekasam Annissa - Makanan Tradisional ke pasaran Internasional, kejayaan menerjah produk pekasam Annissa ke luar negara. Liputan media secara langsung melonjakkan Pekasam Annissa kini lebih di kenali. Sebagai pencetus ideal dengan inovasi dimana Pekasam hanyalah makanan tempatan yang di hasilkan secara kecil-kecilan, kini menjadi industri dan mampu bersaing dengan produk makanan popular yang lain.

Ikan Kering

Pelbagai Ikan kering yang di edarkan oleh Annissa Global samada ikan air tawar atau ikan air masin. Bagi membuat pesanan, Call/Whatsapp ke 012 531 5488 samada pesanan dalam kauntiti yang sikit atau dalam kauntiti yang banyak. Pembayaran adalah melalui akuan bank, hanya setelah bayaran dibuat, pesanan akan diuruskan penghantarannya mengikut tempoh tertentu yang di tetapkan pihak pengendali penghantaran samada keratapi, bas, pos atau yang bersesuaian.
 
 
 
 

Isnin

Pengedaran

Pengedaran pekasam Annissa seluruh Malaysia yang kini begitu laris, dengan pesanan melalui whatsapp dan penggunaan courier services / poslaju, begitu mudah anda membuat pesanan serta penerimaan pekasam. Namun kos penghantaran/kos pos sedikit di tambah dari nilaian kos pesanan, kos penghantaran adalah mengikut jenis perkhidmatan samada biasa atau cepat. 
Pesanan hanya akan di uruskan setelah bayaran di sahkan telah dibuat melalui bank, samada pesanan dengan kauntiti yang banyak atau sikit, dan jika memerlukan keterangan lebih lanjut, CALL / Whatsapp 012 531 5488 

Selasa

Pekasam Hand On Activity

Rabu

Pekasam RUSA


Selasa

Pekasam

Pekasam - Annissa keluaran Selera Ekspres yang di pasarkan oleh Felcra Bekalan & Perkhidmatan Bhd yang boleh di dapati di Outlet Hemat di Wisma FELCRA Lot PT 4780 Jalan Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur atau melalui telefon 03 - 4142 3094 serta di semua outlet Hemat di seluruh Malaysia.

KUD 2015

KUD 2015 - Karnival Usahawan Desa 2015 yang di adakan di Persint 3 Putrajaya dari 2 - 6/9/2015, Pekasam keluaran Selera Ekspres di pasarkan dengan jenama WADIRA. Dapatkanlah Pekasam Annissa yang di packkan dalam kotak yang menarik oleh Felcra Bekalan & Perkhidmatan Bhd - Hemat.

Isnin

Lebel

Lebel - Berikutan perkembangan semasa pasaran produk pekasam yang begitu mengalakkan, Annissa Global sebagai pengeluar utama pekasam, kini mengeluarkan label yang standard pada semua produk keluaran Annissa Global. Bagi semua pengedar-pengedar dan pemborong-pemborong di seluruh Malaysia masih boleh mengekalkan lebel atas jenama atau syarikat sendiri dan jika ingin menggunakan label yang di selaraskan sebagaimana label diatas adalah juga di galakkan.
Bagi semua produk pekasam Annissa Global yang di pack, kini di pasarkan mengikut harga satu pack dan bukan lagi mengikut berat atau gram. Namun, anggaran berat bagi pack kecil antara 100 - 130 gram, 140 - 150 gram dan 170 - 200 gram. Dimana bagi harga borong, kauntiti adalah di tentukan mengikut jumlah bilangan pack dan bukan kilogram. Bagi tujuan tempahan / pesanan, hubungi 012 531 54 88 - Annissa Global

Sabtu

Daging

Daging - Daging lembu yang dijadikan pekasam kini begitu popular dan kini antara produk pekasam keluaran Annissa Global adalah pekasam daging. Bagi memenuhi permintaan pengemar pekasam terutamanya pekasam daging, daging lembu yang diproses melalui pemeraman / fermented bagi menjadikan pekasam begitu berkualiti.
Pekasam daging yang kini dikomersialkan bagi mempelbagaikan produk pekasam jika sebelum ini hanya pekasam ikan saja. Sebagaimana biasa, pekasam dengan rasa masam dan pekasam daging ini dengan rasa masam malah jika di simpan lebih lama rasanya lebih masam. Tempoh penyimpanan antara 6 bulan - 2 tahun mengikut cara serta suhu dan boleh dihidangkan mengikut citarasa tersendiri samada di goreng, di bakar atau apa-apa cara yang disukai. 

Ayam

Ayam - Kepelbagaian citarasa pilihan produk pekasam keluaran Annissa Global, kini menampilkan pekasam ayam yang menepati selera pengemar pekasam. Pekasam Ayam yang mula dikomesialkan bagi memenuhi permintaan pasaran serta pengguna. Jika sebelum ini hanya pekasam ikan namun kini pekasam ayam yang dapat menjadi menu hidangan yang menambat selera samada yang gemar pekasam atau yang belum lagi merasai keenakkan pekasam.
Ayam yang dijadikan pekasam dimana daging ayam segar yang melalui proses pemeraman / fermented yang memasamkan rasanya. Malah, semakin lama disimpan rasa pekasam ayam ini lebih masam. Penyimpanan yang sempurna sekiranya pada suhu bilik boleh di gunakan sehingga 6 bulan, jika disimpan dalam peti sejuk boleh digunakan sehingga 1 - 2 tahun. Pekasam ayam boleh di sediakan samada di grill, roast, bakar, goreng atau apa-apa cara yang disukai.

Rusa

Rusa - Kini bagi pengemar pekasam atau yang belum pernah nikmati menu esotik pekasam, boleh rasai pekasam rusa yang julung-julung kalinya dipasarkan. Walaupun bagi sesetengah tempat agak sukar mendapatkan daging rusa, kini setelah dijadikan pekasam yang memudahkan pembeli mendapatkan pekasam daging rusa. Untuk memasarkan keseluruh Malaysia mungkin agak sukar namun untuk mendapatkan pekasam rusa agak mudah dengan kiriman pos yang boleh sampai ke pintu rumah anda.
Bagi tujuan komersial, Annissa Global mengujudkan pemborong / pengedar / peruncit yang dapat memudahkan pengguna mendapatkan pekasam rusa. Juga kolaborasi / collaboration dengan pelbagai pihak samada outlet, kedai dan khususnya restoran atau kedai makan untuk menjadikan pekasam rusa dalam menu makanan. Memandangkan Annissa Global kini sedang mengkomersialkan pekasam rusa, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan produk boleh terus hubungi dan harga borong boleh dibincangkan dengan kauntiti tertentu.

Daging

Daging - Kini Annissa Global telah keluarkan 3 lagi produk pekasam berasaskan daging, iaitu rusa, lembu dan ayam.  
 Pekasam Rusa - 200 gram RM 18.00

 Pekasam Daging Lembu - 200 gram RM 10.00

Pekasam Ayam - 200 gram RM 8.00

Jumaat

Jenis

Pekasam Annissa terdapat dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar dan ikan air masin.
Ikan Talapia, Teroboi, Lampam, Loma ( ikan putih ), Sepat dan Puyu adalah dari jenis ikan air tawar. Manakala ikan Kembung, Gelama dan Belanak adalah dari jenis ikan air masin.
Atas permintaan dan stok pada satu-satu masa terdapat juga jenis-jenis ikan yang lain dari yang dinyatakan diatas juga dibuat pekasam. Ikan air masin seperti sadin, biji nangka, kerisi, jenahak, kerapu, siakap, duri, seludu, sembilang, kedera, selar kuning, alu-alu, terubuk, cencaru, talang, kurau, selayang, bawal, tamban, tenggiri  dan pelbagai lagi. Ikan air tawar pula seperti patin, haruan, keli, kaloi, tapah, kelabau, talapia merah, jelawat, temoleh, toman, baung, belida, tengas dan pelbagai lagi. Terdapat juga permintaan atau stok pekasam dari ikan yang agak mahal harganya seperti salamon, tuna, sebarau, kelisa/arwana, kelah, ketutu dan sebagainya.

Pekasam Talapia - ikan air tawar

 Pekasam Sepat - ikan air tawar
  
Pekasam Kembung - ikan air masin

 Pekasam Gelama - ikan air masin

Pekasam Loma / ikan puteh - ikan air tawar

Sabtu

Baru

Baru - Pekasam Annissa, bagi menampakkan lebih menarik satu perubahan baru dibuat dan ini nanti menyerlahkkan lagi penampilan blog pekasam 1AnnissA. Walaupun yang dimaksudkan baru bagi pekasam Annissa ialah pekasam yang baru di pack dan masih belum sedia digunakan. Pekasam Annissa yang dipack tanpa menggunakan mesen kedap udara, dimana proses pemeraman terus berlaku walaupun dalam pack. Dalam tempoh 7 - 10 hari setelah di pack, pekasam Annissa akan mengeluarkan air dan setelah ada air dalam pack, pekasam Annissa baru sedia untuk digunakan,
Lebih lama disimpan, lebih sedap digunakan dan pekasam Annissa boleh disimpan antara 6 - 12 bulan dalam pack tanpa perlu di masukkan ke dalam peti sejuk. Namun pekasam Annissa tidak boleh didedahkan pada cahaya matahari yang boleh merosakannya. Penyimpanan dalam suhu bilik biasa dan tidak diletakkan dalam tempat yang panas seperti dalam both kereta. Pekasam Annissa hanya boleh dipanaskan semasa dimasak saja dan penyimpanan tidak boleh di dedahkan pada suhu yang panas, ini adalah kerana pekasam Annissa terus berlaku pemeraman walaupun dalam pack. 

Jumaat

Cantik

Cantik - Pekasam Annissa, penampilan yang cantik dan menarik dengan packing dalam kotak. Satu perkembangan begitu membanggakan, jika sebelum ini pekasam di tampilkan dalam keadaan kurang dan tidak menarik dan kini pekasam Annissa di tampilkan begitu menarik. Satu-satunya produk pekasam yang kini berada dalam pasaran dengan penampilan yang amat menarik. Dengan penampilan yang menarik, pekasam Annissa ini di jadikan souveniers atau cenderahati, di masukkan dalam bag buddies di majlis-majlis resmi. 
Cantik packaging nya, sedap isi kandungannya dan menarik dipandang mata serta jadi kebanggaan yang memilikinya. Pekasam Annissa kini jadi pioneer atau perintis pada tranformai perusahaan pekasam masa kini.  

Jual

Jual - Pekasam Annissa, bagi menjadi rakan niaga produk pekasam Annissa dengan menjual pekasam dan boleh dibuat samada dengan kauntiti yang banyak atau sikit. Anda kini boleh jadi sebahagian daripada rangkaian pengedaran atau penjual pekasam Annissa. 
Jika anda bercadang untuk jadi pengedar, dengan hanya bermula dengan modal RM 3 ribu atau 1 ribu pack dan anda menguasai pengedaran di kawasan anda. Sebagai pengedar, jika terdapat peruncit di kawasan yang berdekatan dengan anda, peruncit berkenaan akan di arah untuk berurusan terus dengan anda dan anda mempunyai rangkaian pengedaran di kawasan berkenaan. 
Bagi peruncit dengan hanya bermodal antara RM 100 - RM 150, kini boleh mula jadi penjual pekasam Annissa. Jika dengan kauntiti yang sikit, mungkin kos penghantaran yang perlu ditanggung oleh anda. Jika penghantaran di kawasan Kuala Lumpur, ianya boleh dibuat pada masa-masa tertentu dan tanpa kos penghantaran. 
Tempahan untuk mendapatkan stok pekasam perlu dibuat bayaran terlebih dulu samada sebagai pemborong, pengedar dan peruncit. Kini, tiada halangan untuk anda jadi sebahagian dari rakan niaga produk pekasam Annissa. Jadilah penjual pekasam keluaran Annissa dan anda sebenarnya menjadi rakan niaga yang berkongsi keuntongan perniagaan Annissa Global secara langsung dengan jualan yang anda sendiri lakukan..

Sedap

Sedap - Pekasam Annissa, takrif atau maksud perkataan sedap yang bukan mudah nak tentukan. Citarasa berbeza dan lebih-lebih lagi pandangan juga tak sama. Jika hanya nak jelaskan maksud sedap, agak mudah ianya bererti sesuatu yang rasanya yang baik lagi menyelerakan. Untuk nak tentukan sedap sesuatu makanan, bukannya mudah dan tidak dapat nak tentukannya. Mungkin jika jualan atau permintaan yang tinggi sesuatu makanan itu yang membuktikan ianya sedap. Atau penggunaan yang berulang-ulang kali bagi makanan yang sama oleh sesaorang yang menentukan ianya sedap.
Jika apa yang dikatakan sedap, yang menentukkannya sebab permintaan yang tinggi, penggunaan yang berulang-ulang kali dan produk berkenaan mampu menarik minat pengguna yang baru. Pekasam keluaran Annissa yang lebih dari 20 tahun di komesialkan, jika sebelum ini hanya dikenali atau dipasarkan di tempatan saja dan kini telah menguasai sebahagian pasaran tempatan dan telah menembusi pasaran luar negara. 

Rabu

Pengeluar

Pengeluar - Pekasam Annissa, kebiasaannya di nyatakan pekasam Pekan Rabu Kedah, pekasam Changkat Jering, pekasam tasik raban Lenggong, pekasam Perak dan pelbagai lagi. Ini adalah berkaitan dengan pengeluar, pekasam Annissa adalah di keluarkan oleh Annissa Global di Changkat Jering. Gerai Pasar Minggu Changkat Jering di no. 29, 30, 31 dan 32 serta di bangunan baru Pasar Minggu Changkat Jering di nombor 27, 28, 29 dan 30. Operasi Pasar Minggu Changkat Jering ( lama ) pada setiap sabtu dan ahad, manakala operasi di bangunan baru Pasar Minggu Changkat Jering adalah pada setiap hari.
Sebagai pengeluar pekasam Annissa, pengedar atau penjual-penjual diseluruh Malaysia di alu-alukan. Sehingga kini, pekasam keluaran Annissa boleh didapati di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur dan Shah Alam Selangor.

Kualiti

Kualiti - Pekasam Annissa, melalui proses penyediaan yang begitu teliti, dari awal hingga akhir pemprosesan dan dengan bahan-bahan yang berkualiti. Tunjuk ajar, bimbingan dan panduan dari Mardi, Sirim, Perikanan dan pelbagai pihak, pendedahan pengetahuan amalan pengeluaran produk makanan terutama pengeluaran pekasam. 
Pekasam Annissa yang mengutamakan kualiti, ikan dan bahan-bahan dipastikan menepati garis panduan atau S.O.P tahap yang baik. Proses penyediaan ditetapkan pada tahap yang bersih serta selamat.

Live

Live - Pekasam Annissa, live atau lintas langsung temubual di booth pekasam Annissa semasa karnival. Nak on-air lebih kurang 5 minit, preparation nya hampir sejam dan skipnya tak derr, just cakap jer ikut apa yang di tanya oleh pemberita. Glamour laa jugak sebab sebelum on-air sms, WhatsApp, weechat dan halo-halo kekawan, saudara mara suruh tengok tv sebab pekasam Annissa masuk tv secara live. 
 

Sedap

Sedap - Pekasam Annissa, " tak try tak tau, bila dah rasa hari-hari mahu ", itulah ungkapan yang sering kali dinyatakan oleh pengguna / pengemar pekasam setelah nikmati pekasam Annissa. Nasi panas dengan pekasam goreng, walaupun tanpa menu lauk yang lain, hanya pekasam Annissa boleh habiskan nasi 2 pinggan. Terlajak habis, itu jika makan pekasam annissa dan jika anda jadi pengedar atau penjual pekasam Annissa nanti jadi ' terlajak laris lah.

Esotik

Esotik - Pekasam Annissa, citarasa esotik dimana pekasam yang sekian lama atau yang telah ujud ratusan tahun lalu dan sehingga kini masih lagi digemari. Makanan dalam kategori esotik, pekasam yang disediakan atau diproses dengan begitu unik. Proses pemeraman yang mengambil masa tertentu dan pekasam Annissa melalui tranformasi, dimana mengekalkan rasa tradisional dengan pemprosesan berteknologi.

No.1

No.1 - Pekasam Annissa, mendapat sentuhan perdana dari pemimpin no.1, Satu penghargaan juga suntikan semangat secara lansung dari YAB Perdana Menteri. Pekasam Annissa, jika dulunya di usahakan secara sampingan atau secara sambilan, kini jadi perusahaan secara komersial dan terus berkembang. 
Ungkapan YAB Perdana Menteri yang di zahirkan atau diucapkan, " Produk Desa Ke Persada Antarabangsa", disertakan dengan komitmen yang tinggi, disusuli dengan tindakan yang proaktif semua agensi kerajaan terutamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) dan semua pihak. Ternyata pekasam Annisaa kini antara produk keluaran 100% bumiputera warga Malaysia telah menembusi pasaran U.K bukan Ulu Klang atau Ulu Kenas tetapi United Kindom. Sebagai mana umum ketahui, rakyat Malaysia berada diserata dunia dan orang yang makan nasi seperti  cina, pakistan, india dan pelbagai bangsa lagi berada disegenap pelusuk dunia, orang-orang asia umumnya yang makan nasi dan pasaran pekasam berada dimana-mana di pelusuk dunia. Pekasam Annissa telah merentasi tembok besar china, menyeberangi sempadan timur tengah, melebarkan pasaran ke eropah, USA dan di asia barat seperti korea, jepun dan pelbagai lagi 
.
Sri kandi yang juga wanita pertama / first lady yang begitu mesra, sentiasa memberikan pandangan yang positif dan secara lansung menyumbang pada perkembangan serta kemajuan pekasam Annissa. 

Asam Gelugor

Asam gelugor - Pekasam Annissa, bahan utama dalam proses pengeluaran pekasam Annissa adalah menggunakan asam gelugor. Jika pekasam yang diproses secara tradisional, yang mengambil masa yang agak lama dan di peram dalam tempoh yang lama. Pemeraman yang lama menjadikan pekasam hilang nutrein pemakanan. 
Pekasam Annissa yang diproses dalam tempoh yang singkat, penggunaan asam gelugor yang mempercepatkan proses memasamkan pekasam dan mengekal serta mempertingkatkan atau sebagai value added. Jika pekasam sebelum ini hanya sebagai menambah selera makan kini pekasam Annissa dapat meningkatkan kualiti kehidupan. Dimana asam gelugor yang disahkan melalui penyelidikan yang memberikan menafaat yang amat baik pada kesihatan. 

Universiti

Universiti - Pekasam Annissa, bukan hanya pelajar yang masuk universiti, pekasam Annissa pun masuk unversiti. Usaha yang serius oleh Annissa Global bagi memastikan produk atau pekasam yang dikeluarkan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kearah pengiktirafan kualiti pekasam yang di keluarkan, penyelidikan oleh pihak universiti telah dibuat. Walaupun dalam bentuk khidmat nasihat dalam pemprosesan produk pekasam khususnya berkaitan 'food technology' dan pekasam Annissa diproses berasaskan biotechnology.
Proses pembuatan pekasam Annissa yang mengekalkan konsep tradisional iaitu rasa yang masam pada pekasam dan rasa masam pada pekasam Annissa adalah dengan menggunakan Asam Gelugor dimana nama saintifiknya ialah  Garcinia atroviridis. Acid Hydroxy Citric (HCA) dari akstrak asam gelugor secara semulajadi amat baik untuk kesihatan. Inilah perbezaan yang begitu ketara antara produk pekasam yang lain dengan pekasam Annissa. 

Kelakar

Kelakar - Pekasam Annissa, jika sebut jual pekasam, dengar saja pekasam mungkin agak kelakar tetapi ternyata kini satu sumber kekayaan. " dengar kelakar tetapi jika di usahakan jadi kaya ". Ini adalah realiti dengan kepadatan penduduk Malaysia lebih kurang 30 juta, jika hanya 5 peratus atau 1.5 juta orang saja makan pekasam, lebih kurang RM 7.5 juta jualan dapat dibuat. Pengeluaran pekasam di seluruh Malaysia dianggarkan lebih kurang antara 10 - 30 metrik tan pada satu-satu masa. 
Walaupun pekasam tidak begitu popular seperti ayam goreng, burger, pizza dan pelbagai lagi makanan segera / fast food. Permintaan pekasam hanyalah dipasarkan secara tradisional, dijual di pasar malam, di gerai tepi jalan dan secara kecil-kecilan. Pekasam popular dikawasan-kawasan tertentu samada di negeri atau daerah. Jika di Perak, terdapat pusat pengeluaran Pekasam dan di kedah dikatakan tempat yang senonim dengan pekasam terutamanya di Pekan Rabu, manakala pengguna atau yang gemar pekasam adalah dari golongan yang berusia 40 an ke atas.
Senario penggemar pekasam kini berubah dengan usaha mempromosikan pekasam dalam konten atau pendekatan yang berbeza dari dulunya hanya sebagai makanan penambah selera. kini pekasam sebagai menu makanan untuk kesihatan. Annissa Global bersama beberapa agensi pelaksana antaranya Universiti dan pusat penyelidikan telah membuat R & D yang mengekalkan konten pekasam dan dengan inovasi serta value added / tambah nilai yang menjadikan pekasam sebagai makanan kasihatan.    

Lakonan

Lakonan - Pekasam Annissa kini dah berlakon dalam drama keluaran astro, dimana antara part atau scene dalam drama berkenaan melibatkan pekasam Annissa. Dah boleh berlakon rupanya pekasam Annisa, mungkin nanti sama taraf dengan Rosham Nor atau Aroon Aziz dan glamour gitu. 
Jika sebelum ini pekasam Annissa menerjah pasaran luar negara, dikenali setelah mendapat liputan di media elektronik dan di media cetak. Dengan melangkah ke layar perak, satu lagi perkembangan positif ke arah mempromosi makanan tradisional ke pasaran internasional. 

Selasa

Pekasam Annissa - Pengedaran

Pekasam Annissa - Pengedaran pekasam kini amat baik, terdapat pelbagai pihak yang turut mengedar pekasam keluaran Annissa dan terutamanya peniaga-peniaga. Sambutan menggalakkan ini kerana pekasam keluaran Annissa menepati cita rasa pengguna. Dengan pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar dan ikan air masin. Tiada lagi halangan pengguna dari menikmati pekasam dengan menggunakan pekasam keluaran Annissa.
Namun begitu, bagi anda yang berminat untuk menjadi pengedar pekasam keluaran Annissa, di alu-alukan, segera hubungi 013 3204100 dan boleh buat perundingan mengenainya. Bagi tempoh yang terhad, Annissa Global pengeluar pekasam Annissa menawarkan pekasam ikan air masin dengan harga RM 20.00 sekilogram yang boleh dipack dengan berat 130 gram, 150 gram dan 200 gram setiap pack. Dan bagi ikan air tawar, ianya mengikut jenis ikan, talapia sekilo RM 20.00, Lampam dan Loma atau ikan putih RM 25 setiap 1 Kg, ikan sepat / puyu RM 30 setiap 1 Kg.

Pekasam Annissa - baru dan lama

Pekasam Annissa - baru dan lama, masih relevan penggunaan pekasam sebagai hidangan dalam makanan. Jika dulu-dulu hanyalah makanan tradisional namun kini telahpun sampai keperingkat 'internasional'. Yang dimaksudkan internasional ialah kini pekasam telah pun menembusi pasaran luar negara. Siapa yang dapat menjangkakan sebelum ini, pekasam makanan desa kini ke pasaran antarabangsa. Bukan hanya orang melayu yang kini dah pandai makan westen food seperti chiken chop tetapi kini orang kat amerika juga dah pandai makan pekasam. Jadi pekasam kini terus digunakan dalam hidangan makanan samada yang  muda atau golongan tua, pengguna baru atau yang lama. 
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - keemasan

Pekasam Annissa - keemasan, sebaik saja digoreng dengan cara yang betul iaitu tidak terlalu panas dan digoreng dalam jangkamasa tertentu. Dengan menggunakan beras goreng samada semasa diperam dan setelah dipacking / bungkus, pekasam Annissa begitu menarik setelah digoreng dan dihidangkan dimana warnanya keemas-emasan. Begitu menyelerakan jika dihidangkan dan dimakan semasa ianya masih panas.
 Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - ikan air tawar dan ikan air masin

Pekasam Annissa - ikan air tawar dan ikan air masin, jika sebelum ini hanya ikan air tawar saja yang dijadikan pekasam dan terdapat pengguna yang tidak suka makan ikan air tawar serta tidak dapat makan pekasam. Namun kini dengan inovasi serta penyelidikkan atau R & D, pekasam diproses dari ikan air masin seperti ikan kembung, sadin, terisi, gelama, cencaru dan sebagainya.
tiada lagi halangan untuk sesiapa saja bagi menggunakan produk pekasam Annissa, jika kebanyakkan pengguna yang hanya tahu pekasam dari ikan air tawar seperti sepat, teroboi, talepia, lampam, loma, puyu dan pelbagai lagi ikan air tawar. 
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - kualiti

Pekasam Annissa - kualiti, penggunaan ikan yang benar-benar segar bagi dijadikan pekasam, dimana jika ikan rosak dari awal ianya diproses dan akan terus rosak produk akhirnya. 
kebersihan amat diutamakan dalam semua peringkat pemprosesan dan ini merupakan keutamaan bagi menentukan tahap kualiti pekasam Annissa.
peningkatan tahap kualiti produk pekasam Annissa dimana melalui 2 tahap kebersihan, bersih dan suci. 2 kali pemeraman, pertama bagi mengeluarkan darah ikan dan kedua diperam dalam proses penapaian iaitu dimasamkan. Darah ikan yang boleh mendatangkan bau yang agak kurang baik dan dinyahkan semasa pemeraman yang pertama, dikeluarkan dari tempat pemeraman dibersihkan dan diperam kali yang kedua bagi memasamkan ikan.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - cantik dan menarik

Pekasam Annissa - cantik dan menarik, 2 perkataan yang biasa diungkapkan atau diluahkan oleh pengguna setelah mengunakan / makan pekasam Annissa. Cantik kerana struktur ikan yang dijadikan pekasam masih baik, tidak hancur dan tidak atau kurang berbau. Menarik kerana rasanya yang sememangnya sedap, tidak seperti keluaran yang lain, pekasam Annisa dengan rasa yang masam dan kurang masin. Ini menjadikan pengguna yang mencuba pada kali pertama akan terus menggunakan produk pekasam Annissa.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa. 

Pekasam Annissa - di Astro Awani

Pekasam Annissa - di Astro Awani, di temuramah dan untuk jadi bahan berita di TV. Agak menarik juga sebab sebelum ini hanya buat penerangan atau promosi pada pengguna yang tidak pernah tahu tentang pekasam tetapi bila di temubual oleh wartawan tv, ini dimenafaatkan sepenuhnya bagi memberikan penerangan serta promosi makanan pekasam khususnya pekasam Annisa kepada masyarakat umum.
Walaupun bukan kali pertama ditemuramah di tv samada untuk rakaman atau disiarkan secara lansung di tv tetapi bukan semudah yang orang tengok sebab skrip kena hafal dan yang pentingnya ialah real time jika dibuat secara langsung atau lintas lansung. Yang tak dapat nak lupa bila muka di solek supaya tak berminyak kerana nanti gambar tak cantik. Walaupun bersahaja atau bersantai saja menjawap soalan wartawan tetapi agak kekok juga sebab selain kemera, lampu dipancarkan direct kemuka dan itu yang rasa semacam tu. Boleh jadi artis ker? boleh angan-angan jer laa sebab pekasam Annissa yang menarik minat media dan pengusahanya tu sekadar bercakap bagi pihak pekasam Annissa.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - terus belajar

Pekasam Annissa - terus belajar, 19 - 21 November 2013 di program anjuran Bahagian Pembangunan Keusahawanan, Institut Keusahawanan Negara ( Insken ),  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 
Walaupun agak lama dalam bidang perniagaan ini namun masih perlu terus belajar dalam bidang tertentu. Terima Kasih En. Samsu Kadir yang 'amat mesra' dalam perhubungan serta sanggup pula bertugas walaupun diluar waktu berkerja, rasanya tranfomasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan benar-benar berkesan dan ini secara lansung memberikan menafaat yang besar pada seluruh rakyat 1Malaysia. Tahniah! MITI dan INSKEN kerana berupaya serta mampu melaksanakan tanggungjawap yang diamanahkan dengan adanya para anggota yang berwibawa lagi berintegriti.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.