Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Khamis

Pekasam Annissa - live di radio

Pekasam Annissa - live di radio perak dan melaka, temubual secara lansung semasa ditapak karnival serta sebagai promosi produk. Annissa Global Sdn Bhd diberi peluang ke udara bagi mempromosikan pekasam Annissa. Pengalaman di temuramah secara lansung oleh juruhebah radio amat menarik.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - khidmat nasihat UPM

Pekasam Annissa - khidmat nasihat UPM, jalinan kerjasama bagi mendapatkan panduan pemprosesan makanan khususnya pengeluaran pekasam. Secara tidak lansung kerjasama dengan UPM khususnya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Kunjungan ke Universiti bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kunjungan balas pihak UPM di bengkel pemprosesan pekasam Annissa.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - Pembangunan peserta Felcra

Pekasam Annissa - Pembangunan peserta Felcra, dengan komitmen yang serius pengurusan Felcra Berhad yang melaksanakan tanggungjawab bagi membangunkan peserta-peserta bagi meningkatkan pendapatan peserta khususnya menggalakkan peserta dalam bidang perniagaan atau keusahawanan. Pelbagai langkah yang proaktif dilakukan dalam usaha membangunan peserta, antaranya melalui program latihan, membawa peserta dalam ekspo atau karnival keusahawanan bagi mempromosikan produk yang di usahakan oleh peserta.
Usaha yang berterusan Felcra Bhd khususnya bahagian pembangunan peserta secara langsung berjaya mencapai matlamat murni bagi membangunkan peniaga atau usahawan dikalangan peserta.
Annissa Global Sdn Bhd adalah antara usahawan yang dibimbing oleh Felcra Bhd, agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW), Felcra Bhd terus melaksanakan serta berperanan yang serius dalam memastikan pembangunan peserta disamping tumpuan utama memajukan tanah peserta-peserta.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.  

Pekasam Annissa - pembungkusan menarik

Pekasam Annissa - pembungkusan menarik, dengan rekabentuk oleh Sirim usahasama dengan Bahagian Pembangunan Peserta/Usahawan Felcra Bhd, pekasam Annissa di edarkan dengan jenama WADIRA - Wanita Dinamis Felcra. 
Annissa Global Sdn Bhd adalah usahawan desa bimbingan Felcra Bhd, dengan usaha serius pengurusan Felcra Bhd dalam membangunkan pengusaha atau usahawan dari kalangan peserta-peserta Felcra, ini adalah bertujuan supaya peserta tidak hanya bergantung pada hasil ladang yang pendapatannya mungkin tidak lagi dapat menampung kos sara hidup berikutan perkembangan anggota keluarga peserta. Annissa Global Sdn Bhd antara usahawan yang mendapat pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh Felcra Bhd. Produk pekasam Annissa kini dipasarkan oleh Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Bhd (FBP) di outlet HEMAT di ibu pejabat Felcra Bhd di jalan rajang, Kuala Lumpur.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.  

Pekasam Annissa - Sentuhan PERDANA

Pekasam Annissa - Sentuhan PERDANA, sebagai peransang atau semangat bagi memajukan produk desa, YAB Perdana Menteri dapat meluangkan masa serta beramah mesra di booth pekasam Annissa. 
" Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenggan", Dato'Seri Najib. Yang membawa maksud apabila melakukan sesuatu biarlah sampai berjaya, ungkapan peribahasa ini mampu menyuntik semangat dan lebih-lebih lagi ianya di nyatakan oleh pemimpin no.1 negara. Namun apa yang amat menarik YAB Perdana Menteri sempat bergurau senda, agak sporting dan mesra. Lebih menarik, PM serta isteri makan juga pekasam, so kalau anda belum lagi makan pekasam Annissa agak rugi laa.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Rabu

Pekasam Annissa - Menambat selera

Pekasam Annissa - Menambat selera, makan bukan hanya untuk sedap tetapi untuk kesihatan yang baik. Penggunaan secara berterusan bukan saja menambah selera makan juga pada masa yang sama menjaga kesihatan. 
Boleh dimasak dengan pelbagai variety samada goreng, bakar, berkuah atau mengikut citarasa sendiri. Rasa pekasam yang masam dan kurang masin, ini boleh digunakan oleh semua golongan samada kanak-kanak, remaja, dewasa atau golongan veteran. Pekasam Annisa juga disediakan dan sesuai semua orang sebab terdapat ikan air tawar dan ikan air masin. Tiada halangan bagi sesiapa saja bagi menikmati pekasam Annissa yang menyelerakan.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - texture ikan

Pekasam Annisa - texture ikan yang tetap kenyal yang mengekalkan keadaan serta zat. Pemprosesan dalam jangkamasa yang singkat yang melalui 2 tahap proses. Proses yang pertama mengnyahkan / keluarkan kandungan bahan yang tidak diperlukan dan proses yang kedua memasukkan value added / nilai tambah atau khasiat tambahan.
Kawalan kualiti pekasam Annissa di lakukan dengan tidak menggunakan pembungkusan kedap udara / vacuum pack supaya proses pemeraman terus berlaku selagi ianya tidak digunakan. Pembungkusan kedap udara secara langsung memberhentikan proses pemeraman dan texture ikan mudah hancur serta kualiti pekasam terjejas. 
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annissa - Proses pengeluaran

Pekasam Annissa - Proses pengeluaran yang melalui standard of procedure (SOPs) terkawal bagi menentukan tahap keselamatan pada pengguna. Kawalan disetiap tahap dari bahan mentah, semasa proses dan semua peringkat pemprosesan.
Dari pendedahan pengetahuan yang diperolehi disemua pihak terbabit khususnya dari Jabatan Perikanan, Sirim, Mardi, dibeberapa universiti dan semua pihak berkaitan. Proses pengeluaran pekasam Annissa bukan hanya dapat dikeluarkan berkualiti tetapi dapat memenuhi kauntiti permintaan pasaran.
Usahawan bimbingan Felcra Bhd, Mara, MKM, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Mardi, Sirim, Perikanan, Matrade, Miti dan pelbagai agensi berkaitan. Dan kini aktif dalam mengembangkan pengetahuan pemprosesan pekasam dengan pihak-pihak yang berminat untuk turut serta dalam perusahaan pekasam. Mengadakan ceramah-ceramah berkaitan perniagaan, kerjasama dengan pihak-pihak universiti, menerima lawatan ke kawasan perusahaan pekasam, memberikan latihan/taklimat pada pelajar-pelajar universiti, kolej dalam pemproses pekasam dan yang berkaitan.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa. 

Pekasam Annissa - ke pasaran Antarabangsa

Pekasam Annissa - ke pasaran Antarabangsa dari produk desa, perusahaan belakang rumah, industri kampung / cottage industries kini telah berada di 5 benua, walaupun bukan disemua negara dan ini menjadikan pekasam khususnya pekasam Annisa berupaya serta mampu menjadikan pekasam dipasarkan ke peringkat antarabangsa atau ke pentas dunia.
Bimbingan dan kolibrasi dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan tahap kualiti pekasam bagi mencapai tahap standard pemprosesan makanan. Pembangunan produk yang melalui pendekatan holistik yang menyeluruh. Pekasam dikeluarkan dengan mengekalkan citarasa tradisional namun diproses melalui bioteknologi. Proses pemeraman yang biasa bagi menghasilkan produk pekasam terus di kekalkan namun pekasam Annissa menggunakan gen hydroxycitric acid ( HCA) yang diperolehi buah Asam Gelugor ( gambar diatas ) yang di kembangbiakkan semasa proses pemeraman pekasam.
Produk pekasam Annissa boleh diproses dalam masa yang agak singkat, pemeraman yang lama akan menghilangkan nutrisi atau zat pada ikan dan dengan kaedah bioteknologi pekasam dapat dihasilkan dalam jangka masa lebih singkat dan kandungan nutrisi makanan dipertingkatkan.
Penggunaan asam gelugor dalam produk pekasam Annissa ianya boleh memberikan kesan yang baik untuk kesihatan pengguna antara lain dapat mengawal serta mengurangkan berat badan / obersiti.  Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA), Asam Gelugor terhasil dari air buahnya sebagai herba alternative yang amat berkesan bagi mengawal kegemukan dan kolestrol yang menghalang serta menghadkan pengempulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. 
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.

Pekasam Annisa - make movies

Pekasam Annissa - make movies, dari bengkel belakang rumah kini dah jadi studio rakaman produksi perfileman. Melangkah setapak kehadapan, Pekasam Annissa kini telah terpilih dalam program keusahawanan di TV. 
Pekasam yang sebelum ini hanya produk kampung yang kurang popular, hanya makanan sebahagian kecil masyarakat dan mungkin kurang dikenali. Namun kini sudah menjadi pilihan ramai setelah ianya diketengahkan, dikomersialkan dan ditambah nilai / value added. 
Pekasam Annissa menjadi tumpuan media setelah menjalankan R & D dengan pihak Universiti dalam kajian bagi meningkatkan kualiti pekasam dengan nilai tambah iaitu penggunaan Assam Gelugor dimana nama sainstifiknya Garcinia atroviridis yang menghasilkan secara semulajadi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria. Daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral. Manakala dengan penggunaan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Value added / nilai tambah dimana meningkat kualiti pekasam keluaran Annissa Global dimana kini menjadi satu produk makanan yang baik untuk kesihatan.
Pekasam Annissa boleh didapati dengan mudah melalui pesanan di talian 013 255 2000 samada pesanan secara borong atau secara runcit. Annissa Global Sdb Bhd mengalu-galukan rakan niaga seluruh Malaysia bagi sama-sama memasarkan produk pekasam Annissa.  



Isnin

Pekasam Annissa - jadi tumpuan media di karnival

Pekasam Annissa - jadi tumpuan media di karnival. Penyertaan di ekspo dan karnival yang disertai oleh Felcra Bhd dan melalui Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd. Produk pekasam keluaran Annissa Global Sdn Bhd antara produk yang di pasarkan di booth Felcra. 
Sokongan berterusan Felcra bagi membangunkan usahawan dari kalangan peserta felcra dan melalui pelbagai pendekatan di lakukan antaranya melalui penyertaan di ekspo dan karnival.
Tumpuan media di booth Felcra bagi mendapatkan maklum balas, usaha-usaha yang dilakukan oleh Felcra bagi membangunkan usahawan.
Melalui program latihan yang berterusan dan penambahbaikkan penampilan produk, khususnya pembungkusan dan label. Ini lebih menarik perhatian semua pihak, samaada pihak media dan produk mudah menembusi pasaran. 
Pekasam Annissa antara produk yang dibangunkan oleh Felcra dari segi pembungkusannya, dengan kotak yang menarik dan pastinya menarik perhatian.
Jika sebelum ini pekasam hanya dalam pembungkusan yang biasa dalam 'pack' plastik dan kini dalam kotak yang menarik.
Pekasam dengan jenama WADIRA dan dipasarkan oleh HEMAT yang boleh di dapati di outlet Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd - FBP di Ibu Pejabat Felcra Kuala Lumpur. 
Usaha berterusan bagi memasarkan pekasam dan peningkatan kauntiti pengeluaran produk pekasam
Penyertaan di pelbagai karnival dan ekspo seperti Halfest, Maha dan sebagainya, ini sebagai langkah promosi produk pekasam serta pelbagai produk berjenama HEMAT. - " Produk Berkualiti, Milik Anda "

Ahad

Pekasam Annissa - segmen IKS di RTM/TV1

Perhatian, sila lihat melalui youtube
Pekasam Annissa - Pelbagai jenis ikan pekasam samaada ikan air tawar dan ikan air masin, loma lampam sepat puyu talapia kembung sardin gelama dan sebagainya. Pengembangan perniagaan dalam tempoh 10 tahun dari 2013 - 2023, pemborong dan pengedar samaada dalam Malaysia dan luar negara boleh terus hubungi +6 013 255 2000 & +6 012 531 5488.
  

Jumaat

Pekasam Annissa - merentasi tranformasi

Pekasam Annissa - merentasi tranformasi. Jika di sebut pekasam, agak pelik bagi sebahagian antara kita namum Annissa Global menerajui perusahaan pekasam merentasi tranformasi. Pendekatan bagi 'menjenamakan' semula pekasam sesuai dengan keadaan semasa.
Pekasam sebelum ini hanyalah sebagai makanan tradisional khususnya di pendalaman atau kampung-kampung, kini pekasam Annissa telah 'menerjah' dan telahpun menjadi hidangan atau menu di hotel-hotel bertaraf 5 bintang.  
Penggunaan yang meluas dengan permintaan yang tinggi pekasam Annissa terus mengembangkan perniagaan melalui rangkaian perniagaan strategik dalam dan luar negara. 
Jalinan kerjasama yang berterusan dengan semua pihak dalam usaha peningkatan kualiti serta kauntiti produk pekasam Annissa.
Pekasam Annissa yang beroperasi lebih 20 tahun dan hingga kini terus berusaha dalam meningkatkan kualiti produk pekasam dan kuantiti pengeluaran produk pekasam.
Kerjasama yang baik dari semua pihak media elektronik, penyiaran, cetak dan sebagainya dengan Annissa Global Sdn Bhd. Amat menghargai jasabaik pihak media yang secara langsung mempopular pekasam dan secara langsung produk pekasam Annissa Global lebih dikenali.
Liputan oleh RTM/TV1, Astro, Kumpulan Media Prima/TV3/TV9/TV7/Berita Harian dan secara langsung di interview oleh RTM di TV serta radio. Juga mendapat liputan akhbar di Borneo Post, NST, BH, Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan beberapa lagi akhbar mingguan. Juga mendapat liputan khas oleh program mingguan di TV1 melalui segmen IKS.
Hubungan yang baik dengan pihak media menjadikan produk pekasam Annissa terus mendapat permintaan yang tinggi. Sekali lagi, terima kasih pada semua pihak khususnya pada pihak media yang banyak memberikan publisiti pada produk pekasam Annissa dan Annissa Global Sdn Bhd 

Rabu

2013 - Pekasam Annissa mengujudkan rangkaian pengedaran strategik

2013 - Pekasam ANNISSA mengujudkan rangkaian pengedaran strategik. Pemborong dan pengedar yang awal hubungi Annissa Global Sdn Bhd adalah diutamakan. 1 - 5 pemborong dan 10 - 50 pengedar di setiap negeri. Dimana pemborong di setiap negeri menyelia bekalan pada pengedar-pengedar di negeri yang sama. Annissa Global Sdn Bhd hanya berurusan terus dengan pemborong utama setiap negeri.
Strategi pemasaran Pekasam ANNISSA secara konsisten yang berterusan, stok pekasam dibekalkan setiap masa dan mengikut permintaan semasa. Bagi pengedar-pengedar atau yang berhasrat untuk menjadi pemborong utama, SEGERA hubungi Annissa Global Sdn Bhd, terus hubungi 012 531 5488 atau 013 255 2000 Annissa Global Sdn Bhd.  

Produk desa ke pasaran antarabangsa - PEKASAM ANNISSA

Produk desa ke pasaran antarabangsa - PEKASAM ANNISSA. jika orang melayu dah pandai makan ayam goreng bersama kentang putar, kini orang di Amarika, Austria, Australia,  China, Masir dan beberapa negara Eropah dah pun makan pekasam dengan kentang putar, makan bersama Oat dan sebagainya.
Menembusi pasaran luar negara dengan 'duta' dan promoter iaitu pelajar-pelajar Malaysia yang berada diluar negara serta melalui penyertaan pameran/promosi perdagangan dalam dan luar negara. Kini produk pekasam ANNISSA berjaya berada dipasaran  luar negara. Walaupun dalam skala yang sederhana namum Annissa Global Sdn Bhd terus berusaha bagi mengeksport produk pekasam secara lebih kormesial pada kauntiti yang lebih besar.
R & D yang berterusan dengan pelbagai agensi berkorpetensi dalam foods technology bagi menghasilkan pekasam yang bersesuaian bagi pasaran negara pengimport serta kesesuaian citarasa pengguna luar negara. Kerjasama yang baik dengan beberapa insitiusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan dalam dan luar negara bagi tujuan R & D.

Pengedaran pelbagai produk pekasam Annissa - pemborong & pengedar diperlukan

Pengedaran pelbagai produk pekasam Annissa - pemborong & pengedar diperlukan. Bagi tujuan mengujudkan jaringan perniagaan dengan semua pemborong & pengedar serta peniaga-peniaga di seluruh Malaysia, kini Annissa Global Sdn Bhd mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam perniagaan PEKASAM.
Annissa Global Sdn Bhd kini dalam proses pengembangan perniagaan dan pengedaran pelbagai produk PEKASAM. Anda yang berminat bagi mengujudkan jaringan perniagaan dengan Annissa Global Sdn Bhd adalah di alu-alukan. Bagi mengelakkan persaingan sesama pemborong dan pengedar produk ANNISSA, hanya pihak yang awal dilantik sebagai pengedar di sesuatu kawasan, daerah atau negeri di utamakan.
SEGERA hubungi 012 531 5488 atau 013 255 2000 bagi tujuan mengujudkan jaringan perniagaan dan jadi pengedar produk PEKASAM ANNISSA.  

Sabtu

PEKASAM di IKS/RTM TV1 04/12/2010

Program IKS di RTM - TV1 pada Sabtu jam 11.05 pagi 04/12/2010 telah memaparkan perusahaan pekasam Annisa Global yang berjaya menembusi pasaran ke luar negara. Usahawan dari FELCRA BHD yang dibanggunkan oleh FELCRA dari kalangan peserta-peserta FELCRA. FELCRA berjaya membangunkan usahawan-usahawan dari kalangan peserta-peserta juga dikalangan keluarga peserta.Sebagai agensi yang bertanggungjawab, FELCRA melaksanakan pelbagai pendekatan dalam 'melahirkan' usahawan yang mampu berdaya saing.

Annisa Global yang dimiliki oleh Siti Maryam Adibah Khairunnisa adalah anak peserta FELCRA yang berjaya menguasai pasaran khususnya produk yang di usahakan iaitu PEKASAM. Pekasam berjenama WADIRA yang dipasarkan oleh Felcra Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd dengan tharedmark HeMAT. Kini pasaran yang meluas pekasam berpusat di Wisma FELCRA, Lot PT 4780 Jalan Rejang Setapak Jaya, Kuala Lumpur. Juga terdapat di seluroh semenanjung Malaysia iaitu Kawasan Johor/Melaka/Tengah/Pantai Timur/Perak. Untuk memudahkan untuk menjadi pengedar diseluroh kawasan, hubungi en. Bazlan 019 3436130 / 0341423094 atau terus hubungi Haji Nadzri 013 255 2000

Dalam usaha-usaha yang dibuat bagi pengembangan perniagaan khususnya pemasaran, Annisa Global mengalu-alukan pemborong-pemborong serta para peruncit untuk turut serta dalam perniagaan pekasam.

Terima kasih pada RTM khususnya pada penerbit rancangan majalah IKS serta semua krew yang terbabit. Juga pada pihak FELCRA khususnya bahagian pembangunan peserta. Terima kasih juga pada Sirim, Mardi, RTM, UPM, UUM, MKM, Pusat Pengembangan Perikanan Manjung, Perak, Akhbar Sinar, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Media Prima, UPEN, Felcra Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd dan semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang baik dalam perkembangan perusahaan PEKASAM ini.

Produk DESA kePersada ANTARABANGSA

"alang-alang menyeluk PEKASAM biarlah sampai ke pangkal lengan", ungkapan dorongan dari pemimpin no.1 negara diprogram turun padang dan inilah yang menjadi inspirasi supaya perusahaan PEKASAM ini akan terus dikembangkan dan nanti ianya menjadi satu industri yang mampu menyumbang dalam pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar serta negara.
PEKASAM yang sebelum ini hanyalah menjadi makanan bagi golongan orang-orang kampung dan hanya di usahakan secara tradisional saja. Dan kini dengan perkembangan semasa, melalui pendekatan teknologi ianya telah diusahakan secara komersial, selain memenuhi permintaan domestik dan kini ianya merentasi sempadan hingga keperingkat antarabangsa. PEKASAM produk DESA ke Persada Antarabangsa. Melalui ekspo, karnival dan pelbagai program yang dianjurkan mampu memperkenalkan PEKASAM sebagai produk makanan yang mempunyai nilai tambah dan berkhasiat.
Penampilan PEKASAM yang sebelum ini hanyalah sebagai produk yang tiada nilai dalam keadaan yang kurang menarik
dan kini melalui pendekatan bioteknologi yang sebelum ini hanyalah melalui pemeraman yang biasa. Dengan kaedah bioteknologi, PEKASAM mempunyai nilai tambah dan mengekalkan aroma dan citarasa tradisional. Ikan dimasamkan dengan pengembangan rasa masam dari asam gelugor yang memberikan rasa masam pada PEKASAM, mengekalkan struktur isi ikan dan kurang atau tidak masin. Menyedari permintaan pengguna kini yang inginkan PEKASAM yang kurang masin dengan penggunaan garam diminimakan dalam penghasilan PEKASAM.
Dengan pembungkusan yang menarik, PEKASAM kini telah dijadikan cenderahati bagi mengeratkan hubungan persaudaraan. Penampilan yang menarik dan aroma serta memenuhi citarasa pengguna. Sambutan amat menggalakan disemua tempat ekspo, karnival yang disertai. Penyertaan di Pameran HALAL antarabangsa - MIHAS telah berjaya memperkenalkan PEKASAM di peringkat Antarabangsa.

Kerjasama yang baik dari pelbagai agensi seperti KKLW, MITI, MOA, KPDNKK, MOE dan semua yang terlibat dalam membantu dalam pembangunan produk PEKASAM. Dan kini PEKASAM akan terus berkembang dengan penggunaan teknologi bioteknologi. Jalinan dengan tenaga pakar penyelidik dari universiti dan ianya nanti mampu melonjakkan perkembangan serta kemajuan perusahaan PEKASAM. Melalui Penyelidikan dan Inovasi para pakar dalam negara yang berketrampilan bagi menjadikan produk PEKASAM lebih berkualiti dengan nilai tambah.

Terima kasih pada semua yang turut membantu membangunkan produk PEKASAM, UUM, UPM, SIRIM, MARDI, MKM, MARA, NPC, FBP, FELCRA, AGRO BANK, BANK NASIONAL, PERIKANAN, FAMA, MATRADE, ASTRO, MEDIA PRIMA, TV3, TV9, TV7, RTM, AKHBAR SINAR, BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, THE STAR, NST dan semua yang terbabit. Dan kerjasama yang berterusan sebagai rakan niaga yang benar-benar memberikan menafaat yang berpanjangan.

Khamis

Aktiviti promosi PEKASAM 2010

My1Malaysia Exposition 22-24 Januari 2010 di Tun Razak Hall 3, Putra World Trade Centre (PWTC). Jualan dan promosi PEKASAM bersama FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan. Dan pada 5-7 Februari 2010 di Teluk Kemang, Port Dickson pada19-21 MAC di LIPIS Pahang sempena sambutan 50 tahun Kementerian Luar Bandar dan Wilayah KKLW, 20/03/2010 perasmian oleh YAB Dato'Seri Najib Tun Abd Razak, jumpa kita di Booth FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan -FBP, juga mengalu-galukan para usahawan dan bakal usahawan untuk menjadi rakan niaga FBP hubungi en. Bazlan 03-41423094. Perbagai produk keperluan harian spt Beras, Kopi, Pekasam dan lebih 20 produk yang diusahakan oleh usahawan desa FELCRA.

Selasa

PENGEDARAN PEKASAM SELURUH MALAYSIA

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat dari masa kesemasa, bagi memudahkan pengguna mendapatkan pekasam ditempat yang berdekatan dan bagi menjalinkan perkongsian dengan semua usahawan-usahawan IKS. Dengan ini di alu-alukan semua usahawan sediaada dan bakal-bakal usahawan untuk turut bersama-sama dalam perniagaan makanan terutamanya memasarkan produk pekasam.

Semua pemborong, pengedar dan agen jualan SEGERA hubungi untuk mengedar/menjual pekasam. Bagi usahawan dan bakal usahawan, dengan hanya berpandukan modal seberapa yang ada dan tiada had modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan pekasam ini. Tetapi bukanlah langsung tiada modal pula. Maksudnya jika ada RM 100, mulakan perniagaan dengan RM100 dengan ini sesiapa pun boleh menjadi rakan niaga bagi menjual pekasam ini. Cuma perlu tanggung kos penghantaran samaada dengan pos, keretapi, bas DLL. Contoh jika pekasam RM 100 cuma perlu tambah kos penghantaran sahaja.

Bagi tujuan perundingan dan sebarang pertanyaan hubungi 013 255 2000 dan bagi memudahkan mendapat info, tontonlah movies di http://www.youtube.com/hajinadzri dan jika ada pertanyaan, boleh juga email hajinadzri@hotmail.com . Untuk memudahkan urusan adalah diharapkan supaya terus telefon supaya dapat terus berbincang secara langsung dan menberi jawapan pada semua persoalan.

Bagi tujuan mencuba dan 'test market' pada usahawan yang baru, adalah disyorkan supaya dapat memulakan dengan modal yang rendah dulu. Terdapat juga pelbagai jenis ikan yang dijadikan pekasam samada ikan air tawar atau ikan air masin. Dan bagi tujuan mempelbagaikan perniagaan, terdapat juga pelbagai jenis ikan kering. Kedera atau belanak masam mempunyai permintaan yang amat tinggi. Ini adalah produk yang dikeluarkan dikawal kualiti khususnya kadar masinnya. Samaada pekasam atau ikan kering, rasanya masam dan kurang masin.

Ruang dan peluang bagi menjadi agen pengedaran produk pekasam dan ikan kering ini adalah terhad kepada usahawan yang terawal di satu-satu kawasan. Ini adalah bagi memudahkan usahawan membuat jualan dan tidak berlakunya pertindihan atau saingan produk yang sama.

Ahad

Fermented Fish - idexmy - Ikan Pekasam

movies @ Youtube


Fermented Fish - idexmy - Ikan Pekasam yang di usahakan secara komersial oleh USAHAWAN LUAR BANDAR dengan bimbingan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - KKLW serta MOA MITI PDNKK MOSTI dengan agensi pelaksana FBP FELCRA MARA KEMAS MARDI SIRIM FAMA PERIKANAN UUM UPM MKM SKM TEKUN AGRO BANK. Juga turut serta sebagai ahli PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA - PPIM GABUNGAN PENGELUAR MAKANAN HALAL MALAYSIA - GPMM.


Pekasam di hasilkan dengan kaedah pemeraman di formulasikan kembali melalui pendekatan atau teknologi BIOTEK. ASAM GELUGOR di 'estrek' dan di peram bersama ikan bagi memasamkan ikan dan seterusnya menghasilkan PEKASAM yang berkualiti. Pelbagai jenis ikan air tawar dan air masin yang diproses dijadikan PEKASAM. Patin, Tongsan, Telapia, Loma, Ikan Puteh, Lampam, Sepat, Puyu, Teroboi, Keli, Kelah, Temoleh, Belida, Kembung, Gelama, Sadin, Kedera, Belanak dan lain-lain.


PEKASAM biasanya yang diproses secara tradisional diperam dengan begitu lama, ini menghilangkan banyak zat protein iaitu kandungan zat utama pada ikan. Struktur pada ikan yang di peram terlalu lama menyebabkan ianya mudah terurai.


Melalui pengetahuan yang dimenafaatkan melalui teknologi yang diperolehi dari MARDI SIRIM UPM, pemeraman ikan di singkatkan jika sebelum ini antara 1 - 6 bulan kini cuma 3 - 7 hari. Pemeraman yang lama akan menghancurkan ikan dan seterusnya menghilangkan zat Protein yang ada. Dengan kaedah BIOTEK ini, struktur ikan dalam keadaan sepatutnya dan zatnya ditambahbaik lagi. Penggunaan ASAM GELUGOR atau nama sainsnya GARCINIA ATROVIRIDIS GRIFF yang menghasilkan asid semulajadi Hca - Hydroxycitric secara langsung menambahkan keenakkan PEKASAM dengan AROMA yang menyelerakan. Proses pengeluaran PEKASAM secara TRADISIONAL dengan pendekatan TEKNOLOGI, gabungan penambahbaikkan ini menghasilkan produk BERKUALITI. Lebih 7 tahun R&D pembangunan produk PEKASAM ini. Dan kini pengeluaran di kormesial / berskala besar dapat menghasilkan 3 - 50 metrik tan sebulan.


Pengeluaran PEKASAM ini dibuat secara komersial, 3 - 50 metrik tan dikeluarkan dalam sebulan. Pemborong Pengedar Agen Jualan diperlukan, hubungi Haji Nadzri Mohamad 6 013 2552000 atau email hajinadzri@hotmail.com


Persembahan video PEKASAM di